PRICE LIST UPDATED

31 March 2012

Running Man Fans !


Assalamualaikum .. ^-^

Ku sendiri disini .. Apanya yang sendiri Niena ni ek ? Sendiri sorang-sorang dalam bilik tanpa roomate .. Roomate balik rumah .. Niena pun nak balik .. Tapi tak boleh sebab pagi tadi ada kelas .. Kalau ikutkan boleh je nak balik lepas kelas, tapi kesian pulak kat kawan ni , dia tak bagi balik sebab tak ada kawan .. Aish, tak apalah .. Minggu depan balik sekejap 6 April - 7 April pun jadilah .. 8 April - 10 April ada English Language Camp dah .. 

Masa semakin suntuk buat kami pelajar sem 2 PPISMP TESL .. Aish, dah tak dapat nak jalani kehidupan yang normal sejak MOCK Exam (20 March - 23 March) sampai lah sekarang ni .. Mana yang ada kelas hujung minggu lagi .. Latihan drama lagi .. Hari sukan dah nak dekat .. Ada rentas desa lah, sukantara lah .. Belul magi aktiviti kawad dan sebagainya .. Argh ! Bila cakap tentang kawad, Niena tak pernah masuk kawad tau .. Walaupun untuk hari sukan .. tapi disebabkan Niena student paling junior kat sini, Niena diWAJIBkan masuk aka DIPAKSA masuk .. Tapi tak boleh la nak dijadikan isu besarkan .. Isu ni besar pada Niena je .. Pada orang lain sekecil zarah mungkin ?

Dalam masa dua minggu ni duit RM500 pun boleh habis .. Ape ke borosnya Niena ni .. Aish, macam-macam nak dibelinya .. Korang-korang peminat Running Man, korang tahu tak ada VARSITY JACKET direka oleh sebuah syarikat untuk peminat-peminat Running Man Malaysia .. Haaaaa, tak tahu kan ? Duit Niena habis sebab beli jacket tu la .. Terukkan ? Niena kalau dah minat, apa pun boleh ! Hihi .. Untuk batch  pertama ni RM80 include postage .. Niena beli 4 pcs .. Nak tahu apa yang 4 pcs tu ? Tengok betul2 gambar bawah ni ..


Song Ji Hyo aka Miss Blank

 Kim Jong Kook aka Kookie


Lee Kwang Soo aka Kwang Vatar





Kang Gary .. =='


So, sekarang korang total up lah RM80 x 4pcs = RM320 .. Ada orang cakap membazir .. Tapi kalau dah minat, mana ada membazirnya kan ? Yang lebih RM160 tu, Niena buat beli hadiah birthday ayah & ibu .. Alhamdulillah mereka suka .. =) Kepada korang-korang tu kalau nak tengok design, boleh tengok kat TEE Design & Sales .. Kalau nak order, boleh contact/PM Rirahs Biuhs .. Sekarang ni untuk first batch dah tutup .. Batch 2 sudah dibuka, apalagi peminat Running Man, jom dapatkan koleksi baju-baju Running Man ! Fighting !

 Untuk jacket HARORO dah ditutup dan cuma batch pertama sahaja ada .. Untuk Yooruce Willis aka Yoo Jae Suk, jacket tu dibatalkan kerana material tak ada *menurut En.Rirahs Biuhs .. So, ramai-ramailah serbu page dorang ni ya .. Design lain pun ada .. =)

Sumber/credit :  TEE Design & Sales & Rirahs Biuhs



Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

26 March 2012

Aku Down !


Assalamualaikum .. ^-^

Tak banyak aku nak cakap .. Cukuplah tahu aku tengah tertekan sekarang .. =(



Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

23 March 2012

Critical Homesick !


Assalamualaikum .. ^-^

Blog Niena dah bersawang dekat seminggu .. Hihi .. Maaflah .. 20-23 March Niena exam .. Ni pun baru je habis exam pagi tadi pukul 11.30 .. Doakan Niena lulus dengan cemerlang ya .. =)

Homesick ? Bio benor ? Betul .. Niena homesick teruk gila minggu ni .. Mungkin disebabkan stress nak exam kot .. Mungkin la kan .. Niena nangis tau daripada hari Isnin - Rabu .. Teruk gila nangis sampai sedu-sedu .. Nak fokus baca nota pun tak boleh .. Makan pun tidak tau .. Malam je makan .. tapau makanan daripada tengah hari, tapi makannya malam .. Tak teratur betullah .. Kan ? teruk cam tu sekali .. Ish3 ..

Hari tu blog Niena kena malware sebab pasang shoutbox .. Tension betullah asyik kena tukar-tukar shoutbox je .. Ni semua shoutmix punya pasal dulu .. Duk guna servis berbayar pula .. Aish .. Fibox best tak ? Hihi .. Saje nak cuba .. =)

Ok lah, itu saja buat masa kini .. Daaaa .. ;-)


I'm RUNNING MAN biggest fan !



Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

14 March 2012

Buffered Earning (BE) Pertama !


Assalamualaikum .. ^-^

Alhamdulillah pagi-pagi ni dapat rezeki .. Niena pun tak sangka akan dapat BE , Niena dah lama putus asa dah pun .. Buka blog, tengok macam ada iklan best-best .. Lalu Niena bersyak wasangka lah sama ada Niena ni dapat BE ke ape ke kan .. So, check-check kat web Mr. Nuffnang bukak earning, dapat lah BE seperti yang disangka .. Agak terkejutlah .. 

Pengunjung kat blog Niena ni pun turun naik .. Orang yang komen pun tak ramai .. Bila dapat BE ni pun Niena tak tahu lah .. Tapi berharap lain kali dapat lagi .. Hihi .. Aish, ada yang tak percaya ke ? Ish3, meh tangok kat sini .. Ada yang nak tahu cara nak dapat BE ? Yang rajin bagi tips ni pun Apit .. Ada yang tak kenal ? Ala yang FizGraphic.com tu .. Cuba lah bukak tutorial dia .. Banyak info yang berguna tau ..

Dia memang aktif bab2 earning ni .. Baik Mr. Nuffnang, Churp-Churp mahupun Says.my .. Boleh lah terus ke blog dia okeyh ? Dia tak kedekut ilmu pun .. Tanya je dia .. nanti dia tolong korang lah .. =)

Tapi mesti ramai dah putus asa dengan Mr. Nuffnang ni kan ? Niena punya earning pun hanya RM4.55 sahaja ! Ha, tak percaya ? Macam mana tu nak survive sampai RM50 untuk cashout? Sekali lagi, rujuklah blog Apit tu ok .. Tu je Niena dapat tolong .. Yang selebihnya Niena tak tahu & tak berapa arif bab-bab ni .. Kalau Churp-Churp tu, boleh lah Niena tolong .. Yang lain-lain tu Niena tak tahu .. 

Blog Niena ni tak popular, earning pun tak banyak .. Cuma sekarang tengah berusaha untuk naikkan earning Churp-Churp yang hampir cash out .. Tapi belum capai amount yang seharusnya cash out .. Korang tolonglah Niena tambahkan pendapatan Niena ni .. Klik semua Churp-Churp Niena .. Bila korang dah klik, beritahu Niena .. Nanti Niena klik korang punya semula .. Ok ? Niena tak kedekut nak tolong tekan ni .. =)





Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

6 March 2012

2.4km Run , DONE !


Assalamualaikum .. ^-^

Niena update lagi hari ni .. Yey ! Korang-korang sihat tak hari ni ? Semoga korang sihat selalu .. Kesihatan tu anugerah tidah terhingga yang Allah SWT berikan .. Niena ni pun dah sengal-sengal badan .. Sebab apa ? Ha , nampakkan tittle entry ni ? Cop3 , korang faham tak tentang tajuk tu ? Ha , kalau tak tahu .. Hari ni Niena ada ujian kecergasan yang memerlukan Niena untuk berlari sejauh 2.4km bersamaan 6 kali pusingan padang .. Taugh tak ? Sangat mencabar kan ?

Sebenarnya , semalam Niena dah buat latihan kat padang dengan kawan baik Niena , Fariza .. Semangat betul kitorang berlari .. Haha .. Masa diambil tau untuk ujian ni .. Semalam Niena lari dah tetapkan masa .. Nak tahu berapa ? Lama gila kot nak habiskan 6 pusingan tu .. Niena bukan atlet negera mahupun daerah , mahupun zon dan mahupun rumah sukan .. Nampak sangat aku ni lembek .. Nak buat macam mana .. Yang serba kurang tu Niena la .. Kurang darah , low blood pressure , darah cair .. Bab-bab darah tu serah kat Niena la ..

Padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim , Johor Bahru


Aish , dah menyimpang lah pulak .. Masa untuk larian smlm 19:50:9 .. Untuk hari ni sangat mengecewakan .. Betul-betul mengecewakan .. Niena tak dapat kurangkan walau 1 minit pun .. Sedih .. Dapatlah 19:23 .. Sobsobsob .. =( Tak apalah , Niena dah mencuba yang terbaik .. Semalam Niena difahamkan hari ni kitorang tak perlu lari untuk 2.4km tu .. Tapi tiba-tiba kena buat jugak .. Terpaksalah kan .. Nak buat macam mana lagi .. Pada masa berlari , jam menunjukkan jarum pada 10.10 pagi .. Matahari mula memberikan haba yang "merentungkan" kulit .. Maka , selama 19:23 minit itu aku dijemur , bahkan Niena rasa dipanggang bawah terik matahari .. 

Mukaku yang putih lagi sensitif ini , BURN ! Tension tahu tak .. Pagi tadi nak pakai BB Cream , tapi mengenangkan hari ni tak ada larian 2.4km yang digembar bemburkan , maka Niena tak pakailah .. Ha , hambik kau sekali muka jadi gelap .. Aish ! Menci, menci , menci ! Nampak kan gambar padang kat atas tu ? Sangat luas .. Niena dimaklumkan oleh pensyarah bahawa padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim , Johor Bahru ni antara padang yang terbaik di Malaysia .. Niena pun tak tahu sejauh mana kesahihannya .. Niena rasa cukuplah setakat ni Niena bercerita tentang fizikal Niena yang tengah saki-sakit dan sun-burn ni .. Jagalah kesihatan anda dengan sebaik-baiknya .. =)


p/s : Ada hati aku nak join team Running Man , lari baru 2.4km dah semput .. Ni lagikan nak join dorang .. Mimpi yo lah minah !




Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

3 March 2012

Celcom Broadband


Assalamualaikum .. ^-^


Niena nak mengadu nasib sikit ni .. Sob3 .. Kesedihan ni .. Sebab talian broadband kena sekat .. Untuk bayaran bulan 1 Niena belum jelaskan lagi .. Baru je keluar bil bulan 2 hari Jumaat .. Tak sampai 2 bulan pun lagi dah kena potong .. Sedih sangat ..

Tapi padan muka lah kan .. Sapa suruh bertangguh .. Kan dah kena potong .. ni pun Niena online guna Wi-Fi asrama Niena .. Nasib lah laju .. Kat IPG ni memang kena guna internet selalu .. Tak adanya kerja yang tak melibatkan dalam talian ni .. Broadband ni ibarat nyawa kat sini la katakan .. Tak mati , tapi tak leh survive .. Hah , macam mana tu ?Jawab2 ..

p/s :  Erm .. Nak upload gambar pagi tadi .. tunggu next entry k .. =)



Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea