PRICE LIST UPDATED

13 January 2013

SNE Beutskin Essence



Assalamualaikum .. ^.^
Harga : PM ME
Postage : RM 6/semenanjung , RM 9 S&S

Product info:
No. Ministry of Health Registration: MAL08031430TR

HALAL
Beutskin Essence can be consumed as early as 13 year old

Content: Seabuckthorn Seed Oil, Radix Puerariae lobata, Grape Seed Oil, Lycopene, Pine Nuts Oil, Beeswax-NetworkKESAN-KESAN SELEPAS PENGGUNAAN BEAUTSKIN ESSENCE
3 hari :
Menstabilkan fungsi hati dan buah pinggang, kadar peneutralan toksin dalam badan meningkat dengan nyata sekali, kekangan kapilari darah meningkat, hemoglobin meningkat dengan nyata, ketidakseimbangan ’qi’ dan darah dapat diperbaiki dan memulihkan daya.

10 hari :
Keadaan fizikal bertambah baik, sebahagian toksin dalam hati, buah pinggang dan darah dapat disingkirkan, keupayaan anti-pengoksidaan dalam badan meningkat, kapilari darah menjadi lebih lembut, memulihkan dan meningkatkan kekenyalan dinding darah pada masa yang sama menyelaras fungsi ovari.

30 hari :
Toksin pada organ dalaman badan dapat disingkirkan lalu dipenuhi dengan bekalan nutrien yang diperlukan, keupayaan baik-diri kulit dipulihkan dan ditingkatkan, fungsi peredaran mikro pada kulit diselaraskan secara efektif.

60 hari :
Meningkatkan liang-diri kulit, keupayaan daya penahanan kulit meningkat, fungsi endokrin bertambah baik dan teratur, perubahan daripada kulit yang berwarna kuning gelap kepada kulit cerah berseri-seri.

90 hari:
Lebihan lipofusin dan radikal bebas dalam badan disingkirkan, sel-sel menjadi aktif dan keanjalan kulit dipulihkan lalu mengembalikan wajah yang cantik dan kelihatan muda.

Penggunaan jangka masa panjang :
Metabolisme badan berada dalam keadaan peredaran yang baik, kulit menjadi lembut, licin, sihat, cerah, cantik dan sempurna.

Dos yang perlu diambil :

Sekiranya mampu; 2 biji selepas bangun tidur pagi dan 2 biji sebelum tidur.
Ambil semasa perut kosong, jarakkan sejam sebelum sarapan.
Bagi yang tidak mampu; 2 biji pada waktu pagi/malam.

Tiada pantang larang, tiada kesan yg merbahaya, tidak merosakkan buah pinggang, selamat diambil dan jika mengambil sebarang supplement hendaklah makan 1jam sebelum makan supplement/mknn (Diambil semasa perut kosong)






*Klik gambar untuk tumbesaran yang sihat .. =)

Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

12 January 2013

Tambah Rezeki Dengan Berkahwin


Assalamualaikum .. ^.^


 Islam sebagai satu jalan dan cara hidup komprehensif memberi penekanan penting meletakkan garis panduan serta piawaian tinggi yang terperinci bagi membimbing manusia ke arah keredaanNya.
Dalam Islam, perkahwinan dan hubungan suami isteri serta seisi keluarga adalah perkara mulia dipandang penting.
Allah SWT yang mencipta manusia dengan sebaik kejadian, meletakkan unsur syahwat dan menanam perasaan kasih sayang yang bergerak selari dengan perkembangan kemanusiaan itu sendiri.
Islam meraikan fitrah dan keperluan hidup manusia, contohnya keperluan ingin dikasihi, mempunyai pasangan hidup serta keluarga sebagai tempat menerima serta mencurahkan kasih sayang.
Oleh itu, semua orang yang berkemampuan dan cukup syarat dianjurkan berkahwin dan membina keluarga.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan." (Surah al-Rum, ayat 21)
Islam turut memberi panduan bagi golongan muda yang ingin berkahwin dengan niat menjaga diri daripada dosa dan maksiat, tetapi khuatir rezekinya sama ada mencukupi atau tidak untuk menanggung keluarga.
Dalam hal ini, sekiranya usaha mencari rezeki dijalankan dengan tersusun selepasnya, yakinlah bahawa rezeki akan dimudahkan melalui perkahwinan itu.
Ia dinyatakan dalam firman Allah yang bermaksud: "Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui." (Surah al-Nur, ayat 32)

Namun begitu, sekiranya seseorang belum mempunyai kemampuan dan persediaan menempuh kehidupan berkeluarga, maka hendaklah berusaha menahan hawa nafsu dengan sebaiknya.
Panduan itu diberikan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: "Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya." (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Islam sebenarnya tidak menggalakkan umatnya mengambil sikap berkecuali dengan tidak mementingkan urusan perkahwinan. Rasulullah SAW pernah menggambarkan kegembiraan Baginda di akhirat dengan bilangan umatnya yang ramai hasil daripada perkahwinan berlangsung di kalangan umatnya.
Sabda Baginda SAW bermaksud: "Nabi SAW menyuruh kami supaya berkahwin dan melarang kami membujang. Larangan itu beliau tekankan dengan cukup keras dengan bersabda: "Nikahilah wanita yang subur dan penyayang, kerana aku berasa bangga melihat umatku yang ramai pada hari kiamat kelak." (Riwayat Ahmad)
Namun begitu, kita perlu melihat dengan lebih terperinci bahawa apa yang menjadi impian Rasulullah SAW adalah umatnya ramai, berkualiti, mempunyai jati diri Muslim sebenar.
Apakah yang dikatakan perkahwinan itu? Dr Wahbah al-Zuhayli dalam kitabnya al-Fiqh al-Islamiy meletakkan definisi perkahwinan atau al-nikah sebagai 'satu akad yang menghalalkan pergaulan di antara seorang lelaki dengan seorang perempuan bukan muhrim, menimbulkan hak dan kewajipan antara kedua-dua mereka.'
Menerusi definisi ini, beberapa perkara penting dapat dikeluarkan:
# Pertama, perkahwinan menyatukan antara dua insan yang saling menyintai dengan menggunakan akad ijab kabul yang sah dalam Islam. Ia berkait perjanjian dengan Allah untuk menjaga perkara yang digariskan antara mereka selepas akad dilaksankan. Justeru, perkahwinan mempunyai nilai keagamaan, ketundukan kepada Allah dan mematuhi peraturan yang Allah tetapkan untuk dijaga di sepanjang prkahwinan berlangsung.
# Kedua, adalah jelas bahawa perkahwinan hanya boleh berlaku di antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Dengan itu, Islam tidak membenarkan hubungan sesama muhrim walaupun mereka saling mencintai seperti anak dan bapa, adik beradik, anak saudara dengan bapa saudara dan sebagainya. Termasuklah hubungan muhrim yang terbina dari pertalian darah, susuan dan persemendaan.
# Ketiga, hanya selepas wujudnya akad perkahwinan, barulah wujud hak dan tanggungjawab yang perlu dipatuhi dan ditunaikan pasangan terbabit. Hak isteri adalah tanggungjawab suami untuk tunaikan dan hak suami menjadi tanggungjawab isteri untuk tunaikan. Hak anak yang lahir selepas ikatan itu menjadi tanggungjawab ayah dan ibu untuk tunaikan. Istilah tanggungjawab pula memberi konotasi yang besar, perkara yang ditanggung dan perlu ditunaikan dengan ikhlas, jika gagal maka ada pertanggungjawaban di hadapan Allah di akhirat kelak terhadap pengabaian dan kegagalan itu. Itulah elemen keagamaan dan ketundukan kepada Allah di dalam perkahwinan.
# Keempat, definisi itu juga menjelaskan bahawa pasangan yang belum berkahwin, sama ada yang sedang bercinta atau bertunang, belum wujud sebarang hak dan tanggungjawab antara mereka. Hubungan mereka belum dihalalkan agama dan mereka tidak boleh bebas bergaul, berpegangan tangan, berpelukan apatah lagi melakukan hubungan kelamin kerana Islam tidak mengiktiraf mereka sebagai pasangan yang sah. Inilah yang paling ketara antara perkahwinan di sisi pandangan barat dan Islam. Bagi golongan barat, apabila pasangan saling cinta mencintai, maka hubungan kelamin adalah suatu yang lumrah. Agama tidak mempunyai peranan dalam pembawaan dan keputusan dibuat. Kerana itu, melakukan hubungan kelamin, mempunyai anak sebelum berkahwin adalah perkara bukan mengaibkan atau pelik dalam masyarakat mereka. Islam tidak membenarkan kita menyerupai dan mengambil langkah seperti mereka.
# Kelima, akad perkahwinan adalah ikatan murni antara lelaki dan perempuan untuk hidup bersama dalam sebuah rumah tangga. Nilai keagamaan sangat jelas dizahirkan di mana tertolaklah perkahwinan sama jantina, lelaki dengan lelaki, perempuan dengan perempuan. Barat menerima perkembangan yang berlaku di mana lelaki boleh berkahwin dengan lelaki dan wanita berkahwin dengan wanita. Ia kerana perkahwinan bagi mereka adalah titik akhir penzahiran kecintaan antara dua insan. Tidak ada hubung kait dengan elemen keagamaan. Sedangkan Islam sama sekali tidak mengiktiraf hubungan gay atau lesbian. Bahkan Islam tidak mengiktiraf perkahwinan mana-mana pihak yang membuat pembedahan tukar jantina. Islam tidak mengiktiraf perkahwinan lelaki menjadi perempuan dan perempuan menjadi lelaki.
# Keenam, perkahwinan adalah ikatan suci yang bukan saja menggabungkan dua insan, tetapi dua keluarga dan keturunan. Maka silaturahim antara manusia akan berkembang dan kehidupan lebih berseri.


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

10 January 2013

Perbezaan antara Telefon Bimbit Ori Set, AP Set & Underwater Set


Assalamualaikum .. ^.^

Terdapat tiga jenis henfon, bukan tiga jenama henfon, tapi tiga jenis bentuk edaran henfon iaitu:

  • Original Authorised Set
  • AP Set (Diimport secara sah)
  • Underwater Set (Henfon seludup)

Original Authorised Set (ORI)


Apa yang dimaksudkan dengan ORI sebenarnya ialah telefon-telefon yang diedarkan oleh PENGEDAR YANG SAH yang dilantik dan diberi lesen pengedaran yang khas oleh pengeluar-pengeluar telefon seperti Nokia, Samsung, Motorola, Son yEricsson, LG dan lain-lain lagi.

Telefon ini telah disediakan khas untuk jualan di Malaysia dengan beberapa sistem yang diselaraskan dengan sistem yang disokong oleh industri telekomunikasi Malaysia. Contohnya sistem bahasa Malaysia dalam telefon bimbit dan dalam buku panduannya.

Walaupun harganya mungkin agak mahal, tetapi anda akan rasa lebih selamat menggunakannya kerana jaminan yang diberikan adalah jaminan oleh PENGILANG sendiri. Ertinya, sekiranya berlaku kerosakan telefon anda, termasuk kerosakan kamera, anda boleh claim warranty dalam tempoh jaminan tersebut. Bahkan dalam sesetengah kes, pada luar tempoh jaminan pun dapat juga.

Cari sahaja cawangan NOKIA, atau SAMSUNG atau apa jua jenama di negeri-negeri seluruh Malaysia, anda boleh bawa ke mana-mana cawangan jika ada kerosakan. Bahkan bagi sesetengah telefon ada Insurans untuk kerosakan apabila telefon masuk air pun!


Berikut adalah senarai pengedar SAH (authorized distributor) bagi jenama telefon di Malaysia:
  • NOKIA - Zitron, Avaxx.
  • SAMSUNG - SME (Samsung Malaysia Electronics).
  • Motorola - Brightstar.
  • SonyEricsson - Midland, Thorus.
  • HTC - Brightstar, SIS (SiS Distribution).
  • BlackBerry - Brightstar.
Itulah antara Syarikat yang merupakan pengedar yang sah di Malaysia. Selain daripada itu adalah pengedar tidak sah walaupun mereka dakwa ORI set. Selain daripada jaminan yang boleh menenangkan jiwa, anda juga boleh menyertai Club2 dalam internet yang disediakan oleh Samsung / Sony Ericson atau lain-lain dengan memasukkan no siri telefon yang original anda.

AP Set (Diimport secara sah)


Apa pula AP set? AP set ialah telefon yang diimport dengan kebenaran kastam, yakni telah dicukaikan oleh kastam dengan mendapat Approval Permit. AP set ertinya telefon ini diimport oleh Syarikat yang selain daripada pengedar yang sah (authorised distributor) seperti yang telah disebutkan tadi.

Ada di antara syarikat-syarikat yang import ini adalah syarikat yang besar. Jadi mereka boleh memberi jaminan yang agak elok juga, kerana syarikat jenis ini banyak cawangan di seluruh malaysia. Jaminan yang diberikan bukanlah jaminan daripada NOKIA atau SAMSUNG atau SE atau dengan kata lain, bukan jaminan pengilang, tetapi jaminan oleh pengimport itu sendiri.

Oleh itu, jaminannya sangat terhad. Terutama apabila telefon mempunyai masalah sehingga Charger dengan beteri kadang kala barang tiruan yang digunakan, bukan yang original daripada kilang telefon itu sendiri.

Underwater Set (Phone Seludup)


Underwater set ialah henfon yang dimasukkan ke Malaysia secara haram, tanpa membayar cukai. harganya jauh lebih murah, tetapi jaminan yang diberikan oleh penjual sahaja. Ertinya kalau rosak, anda tak boleh pergi ke tempat lain kecuali kedai itu. Charger dan beteri biasanya adalah yang tiruan saja.

Antara AP dan Underwater ini kadang-kadang saling bercampur baur. Ada yang didakwa AP tetapi sebenarnya diimport secara haram. Bahkan kalau anda periksa di telefon anda ada logo VODAPHONE, ataupun TIM, memang sahlah telefon itu adalah underwater, atau pun sekurang-kurangnya AP.

Jadi, bila membeli yang AP atau yang ORI, anda janganlah mengharapkan warranty yang bagus. Apatah lagi kalau masuk air.

BAGAIMANA NAK CAM???

Bagaimana nak tahu yang diedarkan secara sah atau telefon jenis Authorised ini. Untuk nak tau sama ada telefon itu jenis edaran oleh pengedar sah ini;

Paling utama:

anda kena lihat pada sticker belakang henfon, kalau tertulis selain dariapada syarikat2 yang sah yg disebutkan di atas, maka ia adalah AP atau Underwater. Stiker yang ORI biasanya tidak akan ditampal melindungi nombor siri telefon.

Kedua:


anda boleh tengok kad warranty, kad warranty daripada pengedar sah, akan tertera nama syarikat pengedar yang sah tersebut.

Ketiga:


No Siri telefon: IMEI di belakang battery henfon itu sama dengan nombor siri di kotak. Jika anda membeli yang ORI, pastikan anda dapat kotak yang ada Nombor Siri yang sama dengan henfon. Sekalipun di telefon anda tertulis ZITRON, jangan terima kotak yang nombor sirinya berbeza dengan di telefon anda.

Itulah sedikit sebanyak panduan yang mungkin sudah biasa bagi sesetengah orang tapi mungkin satu pengetahuan bagi sesetengah orang. Dengan penjelasan ini, diharap anda tidak tertipu lagi dengan istilah ORI yg selalu digunakan oleh penjual-penjual di kedai telefon bimbit. Sekurang-kurangnya kalau anda nak beli yang AP pun, anda tahu yang itu memang AP dan anda dah tahu yang mana yang ORI dan yang mana yang AP.

Sekarang ini, terpulanglah untuk anda memilih yang mana sesuai bagi anda. Nak murah, pilih AP, ada duit lebih ambik yang ORI lagi selamat.


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

9 January 2013

Wordless Wednesday #2


Assalamualaikum .. ^.^



Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Rahsia Besar KFC Hanya Diketahui Oleh 2 Orang


Assalamualaikum .. ^.^


Tapi ramai tak tahu rahsia besar tentang hidangan KFC yang digemari ramai ni.. Rahsia besar KFC ini dikatakan hanya diketahui oleh 2 orang sahaja..

Kedengaran pelik kan? Tapi itulah hakikatnya.

KFC mula diperkenalkan oleh Colonel Sanders, pakcik beruban berjanggut putih yang mungkin anda memang dah selalu nampak muka dia ditempek di mana-mana, pada tahun 1930. Resipi gabungan 11 jenis herba dan rempah ratus untuk menggoreng ayam beliau itu menjadikan perniagaannya sangat famous dan berjaya hinggalah ke hari ini.

Tapi apa yang menjadikannya sangat istimewa adalah resipi rahsia beliau yang dikawal dan dijaga sangat ketat, hanya dua orang executives yang bekerja di situ sahaja yang menyimpan rahsia tersebut. Salinan resipi asal yang ditandatangan oleh Colonel Sanders sendiri disimpan di dalam satu ibu pejabat, bersama-sama dengan 11 botol yang mengandungi herba dan rempah ratus rahsia. Untuk menyulitkan lagi rahsia tersebut terpecah, campuran herba dan rempah tersebut pula dicampur di tiga lokasi berbeza di Amerika.

Hanya dua orang executives yang mengetahui resipi lengkap tersebut manakala executive ketiga pula menyimpan maklumat nombor peti besi di mana resipi itu disimpan. Tidak ramai pekerja KFC yang mengenali identiti ketiga-tiga orang tersebut. Ketiga-tiga orang itu pula tidak dibenarkan berada dalam kapal terbang atau kereta yang sama untuk tujuan keselamatan.
Tapi itu tidak cukup lagi. Untuk menambahkan effect seperti Plankton yang ingin mencuri resipi rahsia Crabby Patty dari Mr Crab macam dalam kartun Spongebob, resipi tersebut disimpan di dalam ibu pejabat yang kawalan keselamatannya menyamai bank-bank terkemuka dunia.

Untuk itu, KFC telah mengupah Bo Dietl, seorang pakar penyiasat yang pernah bekerja untuk Donald Trump, Geoge Bush dan keluarga diraja Arab Saudi untuk menjaga keselamatan resipi tersebut. Langkah-langkah yang diambil, menurut beliau:

“Kami memperkukuh siling dan lantai ibu pejabat ini dengan batu-bata konkrit setebal dua kaki. Kami juga memasang CCTV pengesan gerakan yang disambungkan pada bahagian keselamatan. Mereka (KFC) mempunyai pengawal bersenjata yang berjaga 24 jam di tingkat bawah, jadi dalam masa 30 saat jika berlaku apa-apa mereka boleh sampai ke peti besi tersebut. Untuk masuk, anda memerlukan dua orang yang memegang dua kunci dan dua nombor pin berbeza. Peti keselamatan tersebut dipasang dengan bolt pada bahagian lantai dan tiada sesiapa yang mampu lepas masuk tanpa pengetahuan kami.”



Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Awful Day


Assalamualaikum .. ^.^


Niena tahu hari ni belum berakhir lagi .. Tapi tetap nak tulis ni .. Macam yang korang baca sebelum ni , Niena PKO .. Jadi sekarang ni kelas Niena memang banyak free .. Terutamanya hari jumaat .. Niena cuma ada 1 jam kelas je ..

Niena dan KO memang dah plan nak kosongkan hari Jumaat .. Sebab macam membazir datang kelas semata-mata untuk 1 jam je .. Tadi Niena dan KO nego lah dengan lecturer yang ajar subjek tu .. Kitorang memang dengan penuh harapan dapat forward kelas kedepan ..

Punyalah skema lecturer tu .. Dia cakap nanti kitorang balik hari Jumaat tu sebab tak ada kelas .. Memang nak balik pun .. Dah tu nak skema sangat apa hal .. Ingat ni sekolah ke apa .. Peh , memang bengkek ur dengan lecturer tu un ..

Dia memang skema pun .. Tapi janganlah skema tahap gaban .. Dah lah duduk sini treat kitorang mcam budak sekolah .. Eh , tolonglah ! Lepas tu ada lagi 1 subjek ni .. Mengikut jadual student , kelas dia hari Isnin dan Rabu .. 

Tapi semalam tiba-tiba cakap kelas dia hari Isnin dan Jumaat .. Peh ! Lagi 1 beban .. Orang nak kosongkan hari Jumaat , dia tiba-tiba nak buat kelas pulak .. Amende un ..Sekali tengok jadual dia , kitorang ada kelas hari Jumaat ..

Dalam hati memang dah sumpah seranah orang yang buat jadual .. Apa hal jadual pensyarah dengan student tak sama kan .. Memang kena sangatlah tu .. Subjek lecturer skema tu pagi .. Lepas tu , lecturer yang jadual tak tally ni .. Memang padan lah sangat ..

Kitorang memang merintih kot .. Macam tak ada belas kasihan je .. Padahal hari lain kitorang kosong .. Macam hari ni .. Tu pun diorang tak nak forward .. Macam cilake .. Ha , hambik kau sekali aku maki .. Niena jarang luah perasaan macam ni kat blog ..

Tapi ni sebab dah tak boleh tahan sangatlah jadi macam ni .. Tadi Niena dah nangis dah .. Sebab bengang sangat dengan dua lecturer tu .. Kita bukan nak kurang ajar .. Tapi ingat .. Kau permudahkan kerja orang , orang akn permudahkan kerja kau .. Macam tu jugaklah sebaliknya ..

Tah la .. Perasaan Niena ni pun tak stabil bila mengenang ibu nak pergi umrah bulan 5 masa cuti sekolah 2 minggu tu .. Niena sedih la .. Kena tinggal dengan ibu .. Nanti tinggal ayah , Niena dan semua adik beradik Niena 5 orang .. Atuk dan nenek Niena depan rumah Niena pun pergi jugak ..

Niena memang terasa sangat kehilangan walaupun ibu belum pergi lagi .. Niena tak tahu lah .. Niena kesiankan adik-adik .. Diorang cuti tapi ibu tak ada kat rumah pulak .. Niena tahu ibu pergi buat benda baik .. Tapi Niena je yang bermasalah tak dapat terima kenyataan ..

Kawan baik Niena pesan .. "Kau bukan hilang ibu kau .. Sekurang-kurangnya kau ada ibu kau .. Ibu kau ada lagi .. Kalau macam aku ni , memang dah tak da .. " Niena terus diam .. Memang betul apa yang dia cakap .. Tapi hati Niena tetap resah .. ;(


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Nightmare #2


Assalamualaikum .. ^.^


Kenapalah dengn Niena ni ek ? Nightmare je sejak akhir-akhir ni .. Kerana fikiran rungsing ke ? Tah la .. Niena pun tak ada jawapan untuk tu .. Ya , Niena memang nak cerita nightmare Niena malam tadi .. Memang menakutkan dan membuatkan Niena tak sedap hati ..

Niena mimpi ibu Niena dah tak ada .. Ya Allah , memang sebak hati jangan cerita lah .. Niena tak tahu dah nak cakap macam mana .. Sedih sangat korang .. Niena dah lah homesich  ,boleh pulak mimpi macam tu .. Butir-butir mimpi tu tak ingat ..

Tapi yang Niena ingat Niena dah tak ada ibu .. Niena kemurunganke ? Eh ? Tak murung pun .. Niena ok jer .. Mainan tidur .. Sebelum tidur dah baca doa dah .. Tapi still macam ni .. Apalah salah Niena sampai mimpi macam tu ..

I love my mum ok .. Every week I balik rumah jumpa family .. Don't be like this my deary dream .. I want it to be sweet and meaningful .. Not sorrowful .. ;(


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

8 January 2013

Segmen : Saya Blogger Negeri .......


Assalamualaikum .. ^.^

* Click banner to join .. =)
Syarat-syaratnya :
1. Buat entry bertajuk Segmen : Saya Blogger Negeri ....... [DONE]
2. Tempek banner kat atas tue pastue backlink ke entry nie.. [DONE]
3. Pastue sila nyatakan anda blogger dari negeri mana. Sebab aku nak asingkan group untuk setiap negeri. Nanti senang kita nak blogwalking negeri masing-masing. [DONE]
4. Ceritakan tempat/makanan/benda apa yang best tentang negeri yang anda tinggal tue. [DONE]
4. Kelayakan nak join terbuka kepada blogger malaysia sahaja. [DONE]
5. Tag lah mana-mana blogger rapat anda. [DONE]
6. Tarikh tutup : TIADA. Sentiasa berjalan.

Merujuk kepada syarat no.3 Niena berasal daripada Johor ..
Lebih tepat lagi Niena dilahirkan di daerah Kota Tinggi .. Korang pernah dengar cerita Sultan Mahmud Mangkat Dijulang ? Ala , dolu-dolu pun ada cerita dia difilemkan .. Filem hitam putih lagi .. Makam dia ada lagi disini dengan Laksamana Bentan ..

Kisahnya isteri si Laksamana Bentan ni bernama Dang Anum mengidam nak makan buah nangka .. Lalu Dang Anum makan seulas nangka Sultan Mahmud .. Lalu Sultan pun murka dan bertititah supaya Dang Anum dibelah perutnya ..

Laksamana Bentan berang dan ketika Sultan Mahmud sedang dijulang untuk ke masjid untuk menunaikan solat Jumat , Laksamana Bentan membunuhnya .. Lalu , Sultan Mahmud pun bersumpah bahawa 7 keturunan Laksamana Bentan akan muntah darah jika menjejakkan kaki ke kota Tinggi ..


Pada masa tu bandar tu belum dinamakan Kota Tinggi lagi lah .. Kalau nak baca kisahnya , boleh baca kat SINI .. Tapi cerita ni betul .. Nenenk Niena pun cakap keturunan Laksamana Bentan memang akan muntah darah kalau jejak Kota Tinggi .. Tapi sekarang dah habis 7 keturunan tu ..

Buah nangka kat sini pun dulu susah nak hidup dan buahnya kurang elok .. Alhamdulillah sekarang baru lah boleh hidup and cantik buahnya .. Cerita pasal negeri Johor ni , apa makanan significant nya ya ? Erm .. Sebabnya Niena ni orangnya bukan jenis pemakan sangat .. Hihi ..

Tapi kat kampung Niena tinggal ni mestilah makanan kampung yang best .. Orang kampung Niena majoriti orang jawa .. Kalau jawa tang tang lah Nasi Ambeng paling syok ! Serious sedap sebab Nasi Ambeng ni dimakan dalam 1 dulang dalam majlis kenduri doa selamat , tahlil ringkas .. Jadi , silturahim antara kami memang erat .. 1 dulang tu dimakan dalam 4-5 orang .. Memang meriah .. Makan sorang-sorang tak best ..

Cuba tengok , meriah tak meriah nasi ambeng ni .. Haha ..
Credit : Alia Asyraf

Selain tu , johor juga terkenal dengan mi rebusnya .. Lagi-lagi kalau dapat mi rebus tulang .. Peh ! Mantap .. Biasanya tulang kambing .. Memang nikmat kot .. Fuh , terliur seyh bile ingat pasal makanan ni .. Haha .. 

Ni mi rebus ibu Niena buat .. Telur mesti sebiji .. No separuh-separuh ye ..

Roti Jala , made it on 5 January 2013 with my beloved mum .. =)

Mi hailam hasil tangan my mum .. =)

Laksa johor made by Cik Bunga , my aunt .. =)

Ha , akhir sekali keluar sudah makanan yang aku suka .. Haha .. Semua ni homemade ok .. No beli kat kedai .. 

Tempt yang menarik pula kat tempat Niena ni ialah air .. Di Kota Tinggi ada Air Terjun ..

Ni la air terjun Kota Tinggi .. Ni bahagian bawah .. Nak naik atas pi naik tangga .. Huhu ..

Selain air terjun di Desaru pun ada pantai .. Pantai ni dah makan ramai orang dah .. Hari tu yang masuk metro pasal bot pukat yang mayat diorang tak boleh angkat sebab berat tu .. Tu kat Desaru tu .. Nak baca berita tu ? Klik SINI ..

Dekat Desaru ada 3 pantai .. Salah satunya pantai Desaru , Tanjung Balau dan Batu Layar .. Rasanya tu je lah nak cerita .. Lain-lain tak da .. Haha .. Selamat bersegmen semua .. =)

Niena tag: 

Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

7 January 2013

Segmen : Terjah Tahun Baru AisyahHumaira'


Assalamualaikum .. ^.^

* Click banner to join .. =)

Tarikh Berlangsungnya Segmen :
30/12/12 ---> 30/1/13
Hadiah :
Topup RM30 [Top Referral]
Review Blog + Bloglist Setahun [Penerjah Paling Banyak]
Bloglist Setahun [Peserta Bertuah]
Hadiah Misteri [Peserta Awal | Tengah | Akhir]
[Hadiah Akan Bertambah Jika Lebih 200 Peserta]


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

KAWAII GIVEAWAY


Assalamualaikum .. ^.^

*Click banner to join .. =)

Sorry Niena tak dapat nak pilih hadiah sebab rasa macam NAK SEMUA ! Hihi .. insyaallah kalu ada rezeki Niena terima je .. =)

Due date : 25 January 2013


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Nightmare


Assalamualaikum .. ^.^

Niena mimpi buruk pagi tadi .. Niena kat sini dalam pukul 5.30 pagi dah bangun and tidur semula sampai pukul 7 nak pergi kelas .. Hamboi buruk perangai .. Haha .. Pasal tak nak berebut bilik air dengan budak-budak hostel so bangun awal sikit lah kan ..

Niena mimpi buruk .. Mungkin pengajaran buat Niena .. Niena memang selalu mimpi hari kiamat .. Tapi pagi tadi mimpi memang sebak gila .. Niena mimpi masa tu Niena kat rumah .. Adalah dengan ibu , adik Niena  Najwa dan Irfan ..

Niena keluar je pintu rumah dengan ibu .. Niena dah nampak disaster depan mata .. Disaster tersebut ialah 3 tornado besar yang hampir sampai ke rumah Niena .. Kebakaran besar berlaku depan mata .. Tapi Niena dengan ibu tak sedar langsung ..



Gambar diatas sebagai contoh la .. Dalam mimpi tu lagilah disaster nak dibandingkan dengan gambar ni .. Samubng balik .. Lepas tu Niena masuklah semula dalam rumah dengan ibu .. Kitaorang tak panik .. Kitaorang bersedia untuk sebarang kemungkinan .. Dah tak ada tempat nak lari .. Kiamat itu pasti ..

Niena duduk berbual dengan ibu .. Kitaorang tak beritahu adik-adik .. Biarlah semua pergi macam tu je .. Jitaorang tak nak diorang risau .. Niena slow talk dengan ibu .. Ni dialognya ..

Niena : Ibu , Niena nak minta maaf atas semua salah silap Niena pada ibu .. (Tiba-tiba tersedar sambil air mata jatuh berlinangan) Eh , dah tak valid lagi nak minta maaf hari ni .. Ibu , kat syurga nanti Niena tak nak kita terpisah .. Niena nak kita 1 keluarga bersama .. Niena nak bersama dengan ibu , ayah dan adik-adik yang lain .. Niena tak bersama bidadari pun tak apa ..
Ibu : Niena tak boleh la macam tu .. Ayah mesti nak bersama dengan bidadari , ibu pun ..
Niena : ;(

Tak lama lepas tu terus tsunami besar hentam kitaorang .. Semuanya habis kat situ .. Masa dalam mimpi tu Niena tanya ibu semua ni betul ke bukan mimpi ? Ibu cakap betul .. Niena cuba bangun dari tisur tapi tak boleh .. Sampailah alarm bunyi baru Niena dapat bangun ..

Bangun-bangun tidur je dah sedih .. Hukhukhuk .. Masa Niena taip dialog tu pun air mata berlinang tau .. Sedih .. Lagi-lagi tengah homesick ni .. Niena tak harap lain selain mimpi tu memberti pengajaran pada Niena .. Supaya Niena cepat-cepat minta maaf kat parents bila buat salah and jangan sampai tiba satu masa Niena dah tak dapat nak minta maaf ..

Tu je la .. Baiki amal , baiki hubungan dengan parents dan orang disekeliling ..


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Permanent Disease


Assalamualaikum .. ^.^

Hari Jumaat hari tu Niena balik rumah .. Cuti hujung minggu kan .. Niena memang balik tiap-tiap minggu .. Mana boleh duduk sini .. Homesick la .. Niena cuma fikir nak alik je setiap hari .. Terukkan ? Nak buat macam mana .. Tu la life Niena kat sini ..



Sebab tu Niena jarang keluar meronda bandar JB ni .. Niena tak ada soul kat sini .. Bayangkanlah Niena hidup macam tu selama setahun setengah kat sini .. Sekarang ada lagi 4 tahun .. Ya  memang Niena dah besar panjang .. Tapi nak buat macam mana kalau Niena memang homesick ..

Kelas Niena hari Jumaat ada 1 je .. Niena memang nak anjak sangat kelas tu ke depan .. Jadi hari Khamis kelas kitorang dah habis .. Dah boleh balik dah hari Khamis .. Memang lah Niena PKO tapi yang merealisasikannya ialah KO .. 

Niena tengah tunggu masa je KO Niena nak nego dengan lect. hari Jumaat tu .. Niena harap semuanya berjalan dengan lancar .. Tapi sekarang ni Niena lagi sedih sebab ibu dah kerja hari Sabtu .. Yang mana duduk Johor tu mesti pergi sekolah agama kan ? Ibu Niena ajar darjah khas ..

Hari Jumaat Niena balik ibu tak ada kat umah .. Dekat pukul 7 baru sampai rumah sebab sekolah agama tamat pukul 6.30 petang .. Malam ibu dah penat , mestilah tidur .. Sabtu pulak mengajar .. Pukul 2 baru sampai rumah ..

Untuk bulan ni penuh pulak tu jemputan kerja kahwin .. Semuanya orang yang ibu kenal .. Kalau tak pergi malu lah pulak kan , orang dah jemput .. Jadi , dalam pukul 4 lebih baru ada kat rumah .. Malam of course lah dah penat ..

Hari Ahad ibu ada kelas umrah .. Nampak tak Niena tak ada masa sangat dengan ibu ? Hari Ahad petang pulak Niena balik .. Sekarang ni ibu ada plan nak pergi umrah bulan 5 .. Masa CUTI SEKOLAH .. Kenapa Niena highlight cuti sekolah ? Sebab cuti Niena sama dengan budak sekolah .. Maka , tinggal ayah & adik beradik Niena sahaja kat rumah ..

Cuti 2 minggu tak ada ibu .. Sedih kan ? Tapi ibu pergi umrah untuk tunaikan rukun Islam .. Niena kena akur dengan itu .. Tapi kenapa cuti sekolah ? Sudahlah hari-hari biasa Niena tak dapat bersama dengan ibu .. Kesian ibu cuti tapi macam tak cuti ..

Sudahlah daripada Isnin sampai Ahad aktiviti ibu pack .. Niena dah rase kehilangan dah walaupun ibu belum pergi umrah lagi .. Niena manja ok .. Depan-depan tu tak la manja .. Tapi dalam hati cuma Allah sahaja yang tahu .. 


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

5 January 2013

Phewit! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com


Assalamualaikum .. ^.^

*click banner to join .. =)




Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

3 January 2013

New Year Giveaway by Sheera Aya


Assalamualaikum .. ^.^

*Click banner to join .. =)

Niena tag: 
Due date : 13 January 2013


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

2 January 2013

Luahan Hati


Assalamualaikum .. ^.^

Hari ni hari pertama kelas dan ahri pertama bergelar pelajar degree .. Teruja ? Biasa-biasa je .. Ye la , homesick kan .. Dekat kelas wajib ada ketua opsyen (KO) dan penolong ketua opsyen (PKO) .. Biasanya kami lantik selepas habis sem ..

Tetapi lepas exam sem lepas kitaorang dengan senang hati balik ke rumah masing-masing langsung tak lantik .. Baru tadilah lantik .. Niena memang dengar ada ura-ura diorang nak naikkan Niena jadi PKO .. Niena dah mula risau .. Tanggungjawab berat tau .. Kelas tu berada dalam tangan Niena ..

Dan mengikut demokrasi , Niena pun terpilih la jadi PKO .. Apa-apapun Niena kena tolong KO .. Tah la .. Nak cakap redha , hati belum rela .. Dengan homesick lagi .. Memang macam-macam perasaan ada .. Member baik Niena pernah jadi PKO sem lepas ..

Tapi Niena tak ambil tahu sangat lah .. Sekarang ni turn Niena , memang lah Niena kena bersedia nak buat analisa kehadiran , ambil kehadiran setiap hari .. Niena ni dah la selalu balik setiap minggu .. Niena takut Niena pentingkan diri Niena sendiri ..

Niena jadi setiausaha persatuan masa foundation dulu pun dah gabra macam apa .. Ni kan PKO .. Memang cabaran lah .. Tapi alhamdulillah , selepas sem ni Niena dah tak payah pegang apa-apa jawatan lagi dalam kelas .. 

Sesungguhnya memberi komitemen itu memang sukar .. =='


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Wordless Wednesday #1


Assalamualaikum .. ^.^


p/s : cukuplah untuk describe yang Niena ni homesick .. =='



Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

1 January 2013

Last Update at Home


Assalamualaikum .. ^.^

Niena cuma nak beritahu hari ni Niena dah kena balik maktab .. Sedih kot .. Cuti dah hampir 2 bulan , tiba-tiba kena balik .. Sob , sob , sob .. Homesick la nanti .. Walaupun tiap-tiap hujung minggu balik , tetap homesick ok ..

Ye la , tahun ni umur Niena dah masuk 20 tahun tapi masih homesick ? Hello , I tak pernah berenggang dengan parents I selama 18 tahun ok .. Tiba-tiba 20 Jun 2011 , dah berpisah dengan family .. Ya , memang Niena manja .. Cuma family je tak tahu .. 

Ha kau .. Tulis macam ni je pun dah nak menitis air mata .. Pastinya tahun ini , 2013 akan menjadi cabran sebab ni semester pertama Niena dalam degree year .. Perkara yang paling kami , pelajar IPG takut ialah fail exam ..

Takut giler beb .. Kalau fail , kene tendang tahu .. Niena ni kadang-kadang bukan kuat semangat .. Mesti Nien tak selalu update sebab busy kat maktab .. Hujung tahun je lah dapat aktif .. Kang nnti study ke mana , blog ke mana , bisnes kemana .. Hadoi , nampak kan ?

Niena harap semuanya berjalan dengan lancar .. Hari ni , belum naik semester lagi dah dapt Course Proforma daripada lecturer literature .. Niena harap sangat nak belajar dengan lecturer literature Niena selama 3 semester lepas ..

Sebabnya kelas kitaorang dah tahu macam mana dia kan .. Apa dia nak .. Dia ajar pun lengkap .. Tapi apa-apa pun I homesick ok .. Semalam hantar adik balik asrama pun dah menangis tau .. Ye la , dah cuti lama sama-sama dengan dia ..

Adik-adik Niena pun dah besar , masing-masing dah bawa haluan masing-masing .. Niena pun tak tahulah macam man nak hilangkan homesick ni .. Niena tak kisah pun balik tiap-tiap minggu walaupun mengambil masa 1 jam 30 minit daripada JB ..

Tapi tu la .. Tak sama cuti hujung minggu tu dengan cuti lama macam ni .. Ibu hari Sabtu kena kerja juga .. Daripada pagi sampai tengahari .. Tak seronoknya .. Kalau tak mengajar hari Sabtu , tak ada income pula nanti .. Erm .. Tak tahu lah kan ..

Apa-apa pun memang sedih gila .. Tak nak balik ! Tolonglah ! ;(


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea