PRICE LIST UPDATED

20 December 2011

6 Sebab Si Dara Jelita Masih Single

Assalamualaikum .. ^-^


Credit : mobavatar.com


"Niena nak share tentang apa ni ? Jangan lah buka rahsia kita yang single ni .. Malu la .."
"Eh Niena , awak ingat saya ni tak laku ke nak bagitahu tentang single2 ni .. "

Eh ? Ada ke yang tak kasi Niena share ni ? Relax ok .. Ini cuma pengetahuan am sahaja .. Tidak ada kaitan samaada yang masih hidup ataupun yang mati ..

Para2 arjuna kat luar sana nak tahu tak kenapa perempuan ''reject'' cinta awak ?
Meh tengok sini ..
Dah sedia ? Jom tengok !


1. Jual mahal
Kebiasaannya , si gadis jelita ini agak jual maahl walaupun ada kalanya
dalam hati suka. Keegoannya agak tinggi .. Mungkin si jelita merasakan
dirinya digilai ramai .. Tetapi ingatlah kesombongan itu bakal memakan
diri anda kelak ! Makanya , bermurahlah hati untuk melemparkan senyuman
kepada sesiapa sahaja .. (Senyum tu berpada-pada ye .. Jangan lebih2 pulak)


2. Pernah dikecewakan
Oleh kerana terlalu serik bercinta , si jelita lebih bahagia bersendiri .. Biarpun
terlalu banyak yang datang menagih cinta , namun masih belum dapat mengubati 
lukanya .. Baginya , dia tidak perlu mensia-siakan hidupnya dengan lelaki yang
tidak pandai menghargai dirinya .. Lebih baik sendiri daripada menderita kerana cinta !


3. Mencari pasangan ideal
Pipit sama pipit , enggang sama enggang .. Masakan boleh terbang bersama ..
Begitulah kata pepatah  .. Orang cantik pastinya mencari orang yang sepadan dengannya..
Namun , harus diingati bukan semua orang yang bertuah boleh hidup bersama dengan
insan yang diimpikan .. Akurlah pada jodoh yang datang ..


4. Persepsi sukar didekati
Kaum Adam biasanya menganggap si jelita agal sukar untuk didekati apatah lagi untuk
dijadikan sebagai pasangan istimewa .. Kononnya , banyak cabaran yang perlu dihadapi 
termasuklah berhadapan dengan saingan-saingan yang merebut cintanya .. Apabila semua 
sudah beranggapan sedemikian , maka sampai ke tua lah si jelita membujang ..


5. Terlalu komited dengan kerjaya
Sibuk dengan kerjaya sehingga terlupa pada cinta .. Orang cantik ini barangkali terfikir
yang merekam udah untuk mendapatkan cinta pada bila-bila masa .. Oleh kerana itulah
cinta sentiasa menjadi nombor dua dan kerjaya jatuh nombor satu .. Namun , mereka lupa
usia tidak menunggu kita .. Oleh kerana terlalu komited dan leka dengan kerja sehingga
ke hari ini masih sendiri lagi ..




6. Banyak pilihan
Aduh .. Pening kepala memilih yang mana satu sesuai dijadikan teman hidup ..
Kalau pilih yang disana , disini akan terluka .. Akhirnya dua-dua ditolak .. Maka
jadilah "single" sehingga ke hari ini !


Credit : polyvore.com


Gadis2 single diluar sana , betul tak oleh kerana sebab2 ini anda masih single ?
Kalau betul klik sini .. Berikan komen anda .. 
Mari kita lihat sejauh mana kebenaran kenyataan ini ..
Yang lelaki tu pun kalau ada pengalaman berdepan dengan perempuan macam ni , bolehlah berkongsi .. Tak salah kan berkongsi pengalaman , ilmu serta pendapat ?



Credit : Majalah Dara




Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

10 comments:

aReLaN said...

hmmm...xprnh lak jmpe pompuan gtu by myself tp dgr cter rmi yg sbb prnh kecewa.jd dia tkut nk bercinta lg.ala..bkn sme laki sme je.klu nak kekal,kna la give n take.cinta itu bukan sekadar memiliki tapi jge dimiliki.hehehe

Nafisya Ismail said...

yup.. mmg betol :p

Zehan Ilyana said...

hhehehe...
saya sentiase single..^^

sinarmata said...

huhuhu.. din singgah lagi.. Wooaahh!! single mingle ekk?? hehehe

Anonymous said...

betul3. alah kalau dh jodoh xkemana kena usaha je.

owh, salam kenal =)

Unknown said...

@aReLaN

kalau ada jdoh tu , ada la kan ..

Unknown said...

@Nafisya Ismail

trima kasih kerana sependapat .. =)

Unknown said...

@Teenager Housemaid

same la dengan tite .. hehe .. =)

Unknown said...

@sinarmata

of course la single .. =)

Unknown said...

@Ms.Siti

salam kenal juga ..
btl tu cik siti .. =)

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea