PRICE LIST UPDATED

29 November 2013

Hilangkan Senggugut Dengan GLA Complex


Assalamualaikum .. ^_^

Alhamdulillah, Niena menulis lagi pada hari ini .. Dah lama menyepi daripada update perihal diri dekat blog .. Niena lebih aktif di Facebook & Instagram .. Setahun lepas Niena masih belum ada bisnes.. Tapi Alhamdulillah, Allah berikan jalan untuk Niena mencari pendapatan sendiri .. 

Entry kali ni Niena nak kongsi pengalaman Niena ambil GLA Complex daripada Shaklee .. Actually Niena tahu tentang produk Shaklee tapi tak berminat .. Ya lah, sebab tak ambik tahu kan ..Rupanya banyak produk dia .. 

Alkisah senggugut ni, Niena memang ada senggugut yang teruk .. Setiap bulan tu, hari pertama period memang menerang .. Badan mengigil-gigil, kaki sejuk .. Memang akan berselubung & pakai stokin .. Sakit perut & pinggang jangan cakap lah .. Maha dasat sakitnya .. Nak buang air besar pun tak boleh tau .. 

Korang mesti selalu makan Panadol Menstrual, yang warna pink tu .. Tak pernah makan? Tapi member-member ada suggest, kan kan kan? Ni ha rupa panadol menstrual tu ..



Ha, kenalkan ? Kenalkan? Baq hang .. Niena telan 6 biji dulu kot .. 6 uolls .. Bukan 2 biji .. Memang tak tahan .. After telan 6 biji tu bukan tang tu juga reda .. Ambik masa dekat setengah jam uii .. Ya Allah. setengah jam tu rasa macam 30 jam (amboi , hyperbola sangat) .. 

Serious, dulu tak teruk macam ni ..Tapi makin lama makin sakit .. Masa raya Aidilfitri, kami geng2 gosip dok cerita2 .. Tetiba kuar topik Panadol Menstrual ni .. Ada member cakap boleh menyebabkan MANDUL kalau ambik dalam jangka masa yang lama ..

Engko sanggup? Tak kan? Niena muda belia remaja, sweet 20 gitttew .. Tak sanggup ok nak jadi mandul ni .. Minta dijauhkan Ya Allah .. Bermulalah pencarian ubat yang berasaskan organik dan tidak membahayakan kesihatan wanita .. Tengok member ambil Blackmores, Evening Primrose Oil tu .. Mula la jeles tengok dia ambil supplement lain .. Sebab dia dulu sama je dengan Niena ambil Panadol pink tu ha .. 

Nak dipendekkan 1 hari tu, adik Niena bagitahu suruh cuba GLA Complex keluaran Shaklee .. Dia sedia maklum tentang senggugut terlampau Niena ni .. Niena pun cam malas nak Goole, Niena beli je terus daripada rakan bisnes .. Bila tengok harga, macam mahal gak .. Tapi layankan aje la .. Nak sihat kan .. Mesti la kene keluar duit sikit ..

Niena makan tak da guide pun .. Main telan aje .. Tak Google langsung .. Tah hantu apa duk dalam badan jadi pemalas tahap cipan .. Sebab tahu supplement tu bagus kot? Hehehe .. Opps! Sebelum tu GLA Complex ni supplement a.k.a makanan tambahan dan BUKAN UBAT .. Niena tak ingat start consume berpaa hari bulan .. Yang penting, Niena dah makan 25 biji pada hari Niena period 15 November 2013 ..

Senggugut ni dia pandai buat lawak dengan kita .. Masa mula2 period tu tak rasa sakit .. Sekali bila p toilet nak check samaada period or x, dapat tahu period time tu .. Terus rasa sakit cam apa pun tak leh cakap dah .. Kena pada 15 November tu , Niena tak rasa sakit memulas-mulas macam biasa ..

Masa tu Ya Allah, syukur Alhamdulillah tak sakit sangat .. Tak guling2 .. Tak payah berselubung dah .. Masuk hari kedua pun macam tu, sakit sikit aje .. Masih boleh tahan lagi tau ..Niena bersyukur sangat .. Allah beri Niena jalan untuk rawat senggugut .. 

Selain daripada merawat senggugut, GLA Complex ni jugak dah berjaya hilangkan segala jerawat kat muka Niena .. Hehe .. Happy gila .. Muka pun glowing aje .. Mula-mula tak perasan , bila telek2 muka kat cermin .. Eh, dah tak da jerawat lah! Kalau tidak, naik jugak la sikit2 .. 


Harga Pasaran RM91.25
(hubungi Niena untuk dapatkan DISKAUN HEBAT)

Jom kenali lebih dekat GLA Complex ni .. :)

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. Info lanjut mengenai GLA boleh baca di sini.  Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin glowing.

Kebaikan GLA Complex
· Membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.

· Meningkatkan kesuburan.
· Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)
· Membantu dalam menangani menopause.
· Menguatkan kuku & rambut.
· Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.
· Membantu menangani ekzema.
· Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.
· Mengandungi vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.
· Menguatkn immuniti badan.
· Mempelahankn process penuaan.
· Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.
· Mengawal kencing manis
· Mengawal kolesterol
· Bagus untuk saraf


GLA boleh diambil oleh lelaki dan wanitaIa sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis.Kelebihan vitamin GLA Shaklee ini ialah kerana ia mengandungi vitamin E yang asli. GLA juga mampu menangani masalah kulit kepala berkerak, berkuping, bersisik.




Jika anda ada sebarang soalan tentang produk Shaklee, boleh hubungi Niena
sms/whatsapp: 019-7610076
Shaklee ID: 1081091
Email: niena_sofea93@yahoo.com.my
Instagram: nienabeautyshop

Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea