Assalamualaikum .. ^.^
Alhamdulillah , hari ni Niena berjaya buat kimchi .. Ramai juga yang bagi feedback mahukan resipi .. Sabar ya .. Tadi dah penat , tak sempat nak share resipi .. Jom belajar buat kimchi ! Senang je .. =)
Bahan-bahan
- Napa cabbage (3 biji/10 pound)
- 1 cawan Garam
- 1/2 cawan Sweet rice flour ( Niena guna tepung beras je , tak jumpa tepung ni )
- 1/2 cawan gula
- 1 cawan bawang putih ( Niena kurangkan )
- 1.5 inci halia ( Boleh kurang kan sebab bau dia menyengat )
- 1 biji bawang India
- 1 cawan sos ikan ( Niena guna sos tiram sebab tak ada sos tiram keluaran Malaysia )
- Serbuk cili (ikut selera )
- Tanpa serbuk cili : tak pedas
- 1 cawan : Sedang-sedang pedas
- 2 cawan : Pedas
- 2 1/2 cawan : Sangat pedas
Niena guna jenama ni je .. (Pedas gilak oi ! )
- 3 ikat Daun kucai (ikatan yg sedang)
- 7 batang Daun bawang
- 2 batang lobak merah
- 1 batang lobak putih
Cara-cara dia kena baca betul-betul ya .. Ada 3 langkah penting .. Niena akan namakan step 1 , step 2 , step 3 dan step 4 ya ..
Cara-cara
Step 1 ( Salting Cabbage)
- Potong kubis seperti dalam gambar
- Buang bahagian bawah kubis yang keras tu .. Belah dua lagi jika kubis besar ..
- Potong kubis seperti dalam gambar
- Cuci kubis sebanyak 3 kali ( Jika korang taburkan garam pada kubis tanpa cuci , proses pengasinan akan mengambil masa yang lama: ini adalah proses osmosis)
- Tapis kubis .. Tak perlu sampai kering .. ( Niena buat 2 jenis kubis , 1 yang dipotong kecil , 1 lagi yang besar , yang macam korang tengok dalam Running Man tu .. Yang besar tak perlu potong bahagian bawah kubis yang keras tu .. )
- Masukkan kubis tadi dalam besin dan tabur kan garam .. Ambil sedikit kubis lalu gaulkan dengan sedikit garam .. Buat sikit demi sikit sebab kubis tu banyak .. Jangan terus gaulkan semua kubis sekaligus dengan 1 cawan garam .. Nanti masinnya tak rata ..
- Ini cara taburkan garam pada kubis besar tadi , daun demi daun .. Lebihkan garam pada batang kubis supaya cepat masin kerana batang kubis agak tebal dan lambat meresap rasa masin ..
* Harap faham ya kerana tak ada yang tolong ambilkan gambar .. Sob3 ..
- Perapkan / biarkan kubis selama 2 jam .. Setiap 30 minit , gaulkan kubis ..
- Selepas 2 jam , cuci kubis bersih-bersih ..
- Tapis dan biarkan sebentar ..
Step 2 (Porridge)
- 3 cawan air dan 1/2 tepung beras dibancuh dalam pan .. Apabila sudah larut , panaskan atas api kecil ..
- Tidak boleh tinggal , kacau sehingga likat ..
- Setelah paste likat (seperti dalam gambar) , masukkan 1/2 cawan gula ..
Credit: Maangchi
- Setelah mendidih , matikan api .. Masukkan porridge dalam basin ..
Step 3 (Kimchi Paste)
- 1 cawan sos ikan , 1 cawan bawang putih , 1 biji bawang india , 1.2 inci halia dan blenderkan semua bahan ..
- Campurkan semua bahan yang diblender dengan porridge dalam basin tadi ..
- Masukkan serbuk cili (ikut citarasa korang) dan gaulkan semua bahan ..
- Potong daun bawang secara serong , potong daun kucai mengikut panjang yang disukai , hiris halus lobak putih , lobak merah .. Gunakan sagat pun boleh ..
Ini gambar penyagat sayur ya .. Gunakan mata sagat sama macam dalam gambar .. Hirisan memang sangat cantik dan sama rata ..
Credit : MasyaAmiraAimie
- Ini contoh hirisan sayur ya ..
*Daun kucai dan daun bawang yang tak serong .. Haha ..
- Campurkan semua sayur-sayur dalam basin yang mengandungi porridge dan bahan yang blender tadi ..
- Ok , kimchi paste dah siap ye korang ..
Step 4 (Mixing Kimchi)
- Masukkan kubis dalam kimchi pastedan gaulkan sedikit demi sedikit ..
Ini cara menggaulkan kubis besar dengan kimchi paste .. Gaulkan kimchi paste pada setiap daun kubis ..
- Setelah selesai gaulkan kubis dengan kimchi paste , simpan kimchi didalam bekas kedap udara .. Wajib tekan permukaan kimchi dalam bekas agar udara tak masuk .. Kalau udara masuk , kimchi korang akan berkulat ..
Ini gambar kubis yang telah digaul dengan sebati dengan kimchi paste ..
Hasilnya dapat 1 tupperware besar ..
- Untuk mempercepatkan proses ferment , ambil sedikit kimchi didalam bekas kecil .. Kimchi akan lambat jadi jeruk dalam bekas yang besar ..
- Simpan dalam masa 1-2 hari untuk ferment (jeruk) .. Pastikan setelah ambil sedikit kimchi , sila tekan permukaan kimchi tersebut agar tak berkulat dan tiada ruang udara didalam bekas kimchi ya ..
Q & A
1. Q:Macam mana nak tahu dia dah jadi jeruk ?
A:Apabila ada bubble kecil dan permukaan kimchi berair .. Kimchi ni akan jadi masam ya .. Tak tahu masam dia macam mana sebab Niena punya belum jadi jeruk .. Hihi ..
Niena belajar buat kimchi daripada Maangchi .. Kat sana ada video dan gambar dimana korang boleh nampak dan belajar lebih jelas .. Untuk video proses pembuatan kimchi , sila pergi ke dua link dibawah ini .. =)
1. Easy Kimchi
16 comments:
wah!!...my favorite!!..boleh Myun buat and makan hari-hari.. :D
Wahh ! Ni makanan Korea kan ? Eh2 suka hati je ! Akak niena buat ke ni ? Woaaaa ! ^^
wa..sedap ke rsanya eh?
makann yang x pnh dicube..mcm nk try..tp ape rs..kng jd lain klo wat
wahh..bleh try buat ni :))
wahh..bleh try buat ni :))
waaa terernya.... boleh laa try lepass nii... nati sedap bagitahu.. =)
Oh tidaK!! Banyaknye sayur..
hehe.
Nengok running man, diorang ade buat kimchi, macam sedap je dia makan.
camna rasanya?
Macam mana kalau nak try buat dalam kuantiti yg sikit..?..ape yg perlu dikurangkan and tambahkan?kak niena tunjuk ni mcm 50 org makan..haha.
Mcm sedap je.sbelm ni wat x menjadi.
Tu search lagi resepi kimchi nih
Mesti sedap,nk try lah.
Macam sedap je.Kena simpan dalam peti ais kan?
Thanks for the info.will try it later
Menarik. Baru je beli bahan. Tp belum berkesempatan nak buat...hihi
..xsabar rasanya.
Klau take ader sos ikan boleh gantikan dengan sos tiram ke?