Assalamualaikum .. ^.^
Siapa yabg belum baca entry kimchi yang lalu , sila rujuk entry dibawah ni ya berkenaan kimchi ..
Kimchi Niena belum jadi jeruk lagi tu .. Tapi Niena tak minat nak makan .. Sebab bau serbuk cili tu kuat sangat .. Niena pernah makan kimchi kat Seoul Garden .. Memang sedap , kena lah dengan citarasa Niena .. Niena orangnya fleksibel .. Kasilah makanan French , Italy semua Niena boleh makan ..
Tapi kimchi ni bahan-bahannya semua mentah macam kimchi paste tu , lepas blender bawang putih , halia , terus je gaul kan .. Tak masak .. Jadi bau dia memang naik lah .. Kita ni bukan orang Korea mahupun Jepun yang boleh makan direct mentah-mentah ..
Bagi Niena . slack pada serbuk cili tersebut .. Niena takut nak makan .. Warna dia memang merah dan sangat lah pedas .. Niena memang hantu pedas , tapi serbuk ni ya ampun punyalah pedas .. Niena pernah tanya serbuk cili Korea yang dijual di internet ..
Niena nak tentukan samaada terdapat alkohol ataupun bahan-bahan yang haram lah kan .. Penjual tu cakap ada alkohol .. Jadi , macam mana Niena nak beli kan ? Erm .. Tak tahu lah .. Niena buat sebab adik Niena yang nak makan .. Niena buat je la untuk dia ..
Niena pun tak tahu lah .. Risau sangat tak jadi .. Kan dah membazir tu .. Tapi , kimchi ni boleh buat stew .. Jadi , Niena akan jadika stew dan tambah perisa yang sedap .. (Motivasi diri agar tak down , :p) .. Haha .. Kalau korang tak faham instruction Niena tu , boleh tengok video Maangchi .. Dia ajar lengkap ..
Walaupun dia ajar guna video , sila baca semua yang ada kat situ sebab ada yang dalam cara-cara yang dientry tak ada dalam video .. Jadi , good luck lah pada yang nak mencuba .. Nasihat Niena , serbuk cili tu jangan letak banyak , buat dalam kuantiti yang sikit sebab ni bukan makanan kita kan .. Takut tak kena dengan selera ..
Apa-apa pun , selamat mencuba !
1 comment:
hadiah dah sampai,,, thank you!!! suka sangat ngan beg tu :)