Assalamualaikum .. ^.^
Duit selalu tak cukup ? Dapat duit tapi tak tahu habis kat mana ? Ha .. Mari check balik tang mana amalan kita yang salah tu ..
Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan , Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang obleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.. Di antaranya ..
1. Beribadah
Allah tidak akan sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam , sempatkanlah untuk menyembah-Ku , maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu .. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dnegan kesibukan dan Aku tidak akan menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)
Note : contoh ibadah ialah solat .. Solat termasuk dalam rukun Islam .. Berdosa besar jika sengaja meninggalkan solat .. Kenapq pula duit selalu tak cukup ? Kerana rezeki yang korang perolehi itu tidak berkat kerana rezeki itu datangnya daripada Allah .. Korang tak bersyukur dengan nikmat yang Allah beri ..
2. Banyakkan beristighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba dihadapan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan kepada hamba-Nya lalu DIa berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba .. Sabda Rasulullah S.A.W :
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya , menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)
Note : Bukankah istighfar sebanyak 3 kali itu penghapus dosa kecil ? Amalkan selalu ya .. =)
3. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad , Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambah rezekinya , hendaklah berbakti kepada ibubapanya dan menyambung tali kekeluargaan .. Baginda SAW juga bersabda;
"Siapa berbakti kepada ibubapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, al-Tabrani, al-Asybahani dan al-hakim"
Note : Ada yang mengatakan berilah wang pada ibubapa untuk kebaikan mereka walaupun hanya RM 10 .. InsyaAllah , murah rezeki korang .. =)
4. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa .. Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki .. Sabda Rasulullah SAW;
"dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayt at-Tirmizi)
Note : Ha , betul tak Niena cakap ? Tak solat tu berdosa .. Sekaligus rezeki itu tidak berkat .. Maka , tinggalkanlah larangannya .. Jaga batasan , tingkatkan amal .. =)
5. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang lain menjadi sebab Allah lpangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajt sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW;
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya ... " (Riwayat Muslim)
Note : Tidaklah tunaikan hajat macam belikan Blacberry ke , Iphone ke .. Tu macam dah melampau sangatlah kan .. Tunaikan hajat yang baik-baik dan untuk kebaikannya .. =)
6. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah SAW berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yng berkat.
Note : Kalau tentang ni semua orang dah tahu kan ? Jadi , jangan tidur lepas solat Subuh .. Rezeki tak masuk .. =)
7. Menjalin silturahim
Rasulullah SAW bersabda;
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya,maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)
Note : Jangan putuskn silaturahim sesama muslim .. Tak elok .. Allah murka ..
8. Amal kekalkan wuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu memurahkan rezeki oleh Allah .. Baginda Rasulullah SAW bersabda;
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)
Note : Seperti Sultan Muhammad Al-Fateh pun sangat hebat kerana Beliau sentiasa mengekalkan wuduk walaupun ketika berperang .. Beliau ialah sebaik-baik pemimpin , rakyatnya sebaik-baik rakyat dan tenteranya sebaik-baik tentera .. Sebab itu beliau berjaya menakluki konstantinopel .. =)
p/s : Jom berubah kearah kebaikan .. =)
Credit : Majalah Dara.com Januari 2013
6 comments:
nice sharing akak ^^
betulkan yang biasa dan biasakan yg betul :)
nice info..=)
Terima kasih atas perkongsian ini :)
info yg sngt best . + berguna = berfaedah :)
info yg sngt best . + berguna = berfaedah :)
info yg sngt best . + berguna = berfaedah :)