PRICE LIST UPDATED

Showing posts with label produk kecantikan. Show all posts
Showing posts with label produk kecantikan. Show all posts

23 November 2013

Testimoni Perla Coffee


Assalamualaikum .. ^_^

























Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

22 November 2013

Perla Coffee by Irich


Assalamualaikum .. ^_^


HARGA: RM 50 (SEM) RM 60 (SS)
POSTAGE: FREE 


Perla Coffee adalah salah satu kopi untuk mencerahkan kulit dan seluruh tubuh badan dengan cepat dan efektif. Proses pemutihan berlangsung di kepala hingga ke kaki yang bermakna anda akan mendapat warna kulit yang putih/cerah yang sekata di seluruh tubuh anda.

Perla coffee juga membantu merawat kulit bermasalah seperti kulit berjerawat, jeragat, parut -parut lama dan juga masalh kulit yang menghantui anda. Hasil dapat dilihat selepas seminggu mengamalkanPerla Coffee. 

Antara kebaikan Perla Coffee 

  • Melembut dan menghaluskan tekstur kulit.
  • Kulit kelihatan lebih gebu, bersinar dan sempurna tanpa cela (flawless)
  • Meningkatkan kecerahan warna kulit dengan ketara dalam masa 1- 2 minggu.
  • Memulihkan kulit berparut dan bermasalah
  • Menjadikan kulit lebih anjal serta lembap.
  • mengurangkan kedutan dan garis halus.
  • mengecilkan liang pori
  • meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • mengatasi masalh jerawat dan jeragat.
Bahan- bahan utama dalam Perla Coffee.
Serbuk Mutiara, Glutathione , Asid Hyaluronik

Serbuk Mutiara 

     MUTIARA dipercayai berkhasiat untuk kecantikan sejak ribuan tahun lalu. Para Maharani China menggunakan dan meminum serbuk mutiara sementara Ratu Cleopatra memanjakan diri dengan mandi susu yang dicampur serbuk mutiara. Kelebihan serbuk mutiara ialah melembap, mencerah serta menghaluskan kulit. 


Glutathione

    GLUTATHIONE sudah terbukti secara saintifik oleh ahli perubatan dapat mencerahkan kulit sekiranya diambil secara berterusan. Pengambilan glutathione secara berterusan akan membuatkan kulit semakin cerah dan putih. Ianya juga dapat membuatkan anda kelihatan 5 hingga 10 tahun lebih muda dari usia sebenar. Glutathione juga merupakan agen pembuang toksin yang paling berkesan.

Asid Hyaluronik

     ASID HYALURONIK adalah salah satu rahsia penjagaan muka selebriti di dunia hiburan, ianya diperlukan untuk menentang kedutan atas kulit muka. Asid Hyaluronik memainkan peranan penting ke atas kulit kerana ianya akan mula hilang bermula umur 25 tahun yang menyebabkan kelembapan kulit juga berkurangan. Asid Hyaluronik membantu menganjalkan kulit serta menghalang penuaan. Kandungan Asid Hyaluronik dalam badan harus dikekalkan dengan mengamalkan Perla Coffee. 

Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

11 March 2013

MAIXARA C-SENTIAL MURAH



Assalamualaikum .. ^___^


HARGA : RM 80 (SEM) RM 85 (SS)
* FREE POSTAGE KE SEMUA NEGERI 
TERMASUK SABAH/SARAWAK!



FAKTA KHASIAT PEMAKANAN.. MAIXARA C-SENTIAL


MAIXARA C-SENTIAL adalah produk pemakanan tambahan berfungsi untuk meningkatkan kecantikan unggul dan mencapai tahap kesihatan optima. Rumusan utama MAIXARA C-SENTIAL ialah mengandungi Komponen Total Formulasi Inovatif (KTFI) yang dipatenkan bagi menjamin kualiti produk yang dihasilkan. KTFI mengandungi tiga komponen utama iaitu kolagen terhidrolisis dari ikan air tawar, . Ia juga diperkaya dengan Vitamin C. Di samping beberapa khasiat tambahan yang diperolehi dari ekstrak buah-buahan di kenali sebagai Glutathione.


Pengambilan tablet MAIXARA C-SENTIAL secara konsisten dapat membantu tingkatkan kecantikan unggul dan tahap kesihatan optima. Secara umumnya,MAIXARA C-SENTIAL dapat membantu merangsangkan pembentukan kolagen dan metabolism., membantu menggalakkan pembaharuan kulit dan mengurangkan pengecutan otot., membantu menyelenggarakan kesihatan kulit dan mukus membran., membantu memperbaiki keserian dan lembapan kulit., membantu mengurangkan penampilan kedutan dan lingkaran hitam di sekeliling mata., membantu mengurangkan hiperpigmentasi kulit dan memulihkan akne., membantu meneutralkan radikal bebas., membantu menyahtoksik kulit., membantu melindungi kulit daripada radiasi ultraungu., membantu mencegah penyakit dan jangkitan kulit., membantu menyumbang kepada kesihatan menyeluruh pada tulang, gusi, rambut dan kuku serta membantu meningkatkan sistem imun tubuh.


Fakta Tentang Kandungan MAIXARA C-SENTIAL

Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia. Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam badan.. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.. Kolagen disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini merupakan penemuan terpenting abad ini.

Kolagen terdapat pada kornea, kanta mata. kulit, salur darah, keratin (rambut, kuku), tulang, tendon, rawan sendi, dan gigi, hati, tulang sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang, jantung serta sistem limfatik.

Glutathione boleh dianggap sebagai Raja antioksidan atau Antioksidan super kerana banyak kelebihan dan manfaatnya dari segi kesihatan. Ia merupakan satu-satunya antioksidan yang terdapat dan dihasilkan oleh sel badan bagi melindungi kesihatan secara semulajadi.
Di antara kelebihan glutathione yang ketara ialah melawan kesan buruk hormon tekanan, mengoksidakan sel dengan secukupnya dengan menghalang radikal bebas dalam sel yang boleh memberi kesan yang buruk, menghapuskan mutagen sel yang juga memberi kesan buruk kepada sel, menjalankan proses detoksifikasi, di samping memperlahankan proses penuaan.
Vitamin C atau asid askorbik (asid L-askorbik atau L-askorbat) merupakan sejenis zat nutrien terpenting yang diperlukan oleh manusia dan juga merupakan salah satu dari jenis-jenis vitamin utama. Dalam keperluan organisme hidup, askorbat adalah sejenis bahan bersifat anti-pengoksidaan, kerana dilihat mampu menjaga badan manusia melawan tekanan oksidatif. Ia juga merupakan kofaktor dalam sekurang-kurangnya lapan tindak balas enzim, tindak balas ini adalah penting untuk menyembuhkan luka serta mengelakkan berlaku pendarahan pada kapilari dan pembuluh darah.





Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea