PRICE LIST UPDATED

31 December 2011

Thanks To Mr. Nuffnang Cool

Assalamualaikum .. ^-^
Kenapa Niena berterima kasih pada Mr. Nuffnang ? Ha , ada yang nak tahu ke ?
Niena dapat BE ke ? Naaa , tak pun .. Buat muka sedih sikit .. =(

Untuk ke tahap BE tu belum lagi lah .. Tapi hari tu Niena ada hantar ticket kat Mr. Nuffnang ni ..
Tanya apa fungsi RSS kat Nuffnang xchange tu .. 
**Tapi belum ada balasan ok ..

Niena tanya blog Niena ada potential ke untuk tersenarai dalam RSS untuk Nuffnang xchange tu ..
Niena agak hampa la kan kalau tak ada RSS Niena kat situ .. Siapalah nak baca blog Niena ni nanti kan ..

Tadi Niena tengoklah blog , tup2 ada muka Niena kat Nuffnang xchange tu .. Apalagi , sukalah sangat2 ! Rasa macam nak jerit2 kat Mr. Nuffnang & ucap terima kasih .. Hihi ..

Niena yakin ramai dikalangan pengguna Nuffnang memasang Nuffnang xchange kat blog diorang .. Selain dapat naikkan traffic blog , dapat juga mengeratkan hubungan antara pengguna Nuffnang ..

** Ignore the picture ..


Inilah yang muncul .. Hihi .. Suka2 .. =)

Thanks once again to Mr. Nuffnang .. =)
Grin from ear to ear .. 


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Tanganku Yang Tak Ada Seni

Assalamualaikum .. ^-^
Ni entry Niena sebelum menjelang tahun 2012 ..
Rasa agak sedih untuk meninggalkan 2011 yang meninggalkan berjuta kenangan ..
Nak buat macam mana .. Bumi tetap berputar pada paksinya ..
Kita akur akan ketentuan Allah SWT ..


Semoga dengan kehadiran 2012 , kita dapat "top up" iman kita ..
Berhijrah untuk kearah yang lebih baik ..
Seorang yang berfikiran positif serta meninggalkan larangan-Nya ..


Niena bukan nak cerita tahun baru , sebab ramai dah yang update tentang tahun baru ..
Azam mereka .. Niena nak berazam ni , macam tak biasa la ..
Sebab Niena jenis membujur lalu , melintang patah ..
Siapa2 yang tak tahu peribahasa tu boleh masuk sekolah menengah semula ..
Hehe .. 


Yang Niena nak beritahu ni , adalah lukisan , seni serta yang sewaktu dengannya ..
Niena paling tak minat seni daripada masuk sekolah sampai sekarang ..
Sebab apa ?
Sebab tangan Niena memang tak ada seni !


Tak percaya ? Cuba tengok lukisan2 kat bawah ni ..


Gambar ni member Niena yang tolong lukiskan , Sam Jereth
** Dia perempuan ok , nak harap budak lelaki tolong , kirim salam je la ..


Ha , yang ini pulak , tangan niena yang lukis .. Hodoh kodoh kan ? Hahaha ..
Dengan tona warna tah hape2 je .. Ni patut dapat E-


Yang gambar ni pun , Sam yang tolong lukiskan .. Dia memang pakar melukis ..
Maybe ada campur tangan Shu & Farah mungkin .. Lupa !


Lukisan ni favourite Niena .. Bagi orang yang tak ada seni macam Niena ni , pandang lukisan ni dah maveles sangat dah .. Yang ni fully Niena yang lukis & colour ok !
Tetiba ada cendawan yang huduh kat belakang tuh ..


Untuk pengetahuan korang semua , ni lukisan masa tingkatan 2 .. Lukisan tingkatan 3 ada cikgu rembat letak kat bilik seni (PSV) .. Dia cakap lukisan Niena tu ada kena mengena dengan ruang & dijadikan contoh .. Niena pun tak sangka sebenarnya ..

Masa tu exam PSV (Pendidikan Seni Visual) .. Ada pilihan soalan minta buat kertas dinding ruang makan .. So , Niena buatlah design Niena guna jangka lukis .. Buat bulat2 je tapi bulat tu bercantum & setiap ruang different colour ..

Member Niena siap cakap lagi "Kalau wallpaper ni kau letak kat ruang makan kau , muntah aku .. "
Hehe .. Sabar je dengan statement tu .. 

Maaflah Niena terpaksa "mendera" mata korang untuk melihat lukisan Niena yang hodoh kodoh tu .. Hehe ..




Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

30 December 2011

Realiti Konspirasi Zack Zukhairi

Assalamualaikum .. ^-^
Realiti Konspirasi dan Realiti Bukan Fantasi ada kaitan ke ?

Haish , ada ke antara korang yang tak tahu blog En. Zack Zukhairi ni ?
Sila angkat tangan ! Ok , teacher Niena tak nampak sebab alam maya .. = =' 

Siapa2 yang tak tahu , klik sini ..

Opsss ! Nak ke blog jejaka ini ?
Klik header dia 


Kenapa Niena minat kat dia ni ? Sebab dia hensem semalaya ke ?
Aish , no no no .. Bukan ok .. Niena suka penulisan dia yang slumber .. Gila2 punya slumber tau ..
Siapa yang belum pernah baca tu , Niena syorkan sangat pergi baca ..

Korang mesti rasa nak gelak guling2 360 darjah punya .. Nak guling pun sampai tak cukup tanah rasanya ..
Ni lah blog pertama yang Niena admire sangat .. Niena nak berblog pun sebab dia dulu ..

Sekarang ni dia dah lama tak update blog .. News terbaru dia kat Facebook pun Niena tak berapa alert .. 

Korang2 yng pernah baca blog dia , jangan unfollow atau buat tak tahu je ok ..
Kita sama2 nantikan kemunculan beliau ..







Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

6 Fruits Can Lost Your Weight

Assalamualaikum .. ^-^
Siapa kat sini tak suka makan buah ? Aish , teruk3 .. Mana Boleh tak makan buah ..
Rugi .. Banyak khasiat buah tau ..

Siapa yang tengah diet tu ? Meh sini tengok buah apa yang sesuai dimakan untuk turunkan berat badan .. 


1. Limau Gedang
Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan ..

Limau gedang


2. Oren
Berbanding buah lain , oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi .. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat ..

Oren


3. Epal
Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33% berbanding orang yang tidak mengamalkannya ..

Epal


4. Beri
Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh ..

Beri


5. Tembikai
Buah ini terdiri daripada 92% air dan mampu memberikan signal kenyng kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang ..

Tembikai

6. Anggur
Kandungan antioksidan didalam buah ini mampu mencegah gula didalam darah menjadi lemak .. Anggur juga mencegah pembetukan lemak didalam perut ..

Anggur


Picture Credit : Mr. Google 
Info Credit     : Harian Metro , Wednesday , 28 December 2011

== GOOD LUCK ON YOUR DIET ! ==




Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Jadual 2012 Semua Opsyen Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim (IPGKTI)



Assalamualaikum .. ^-^
Niena nak share jadual ni pada semua student IPTI .. Bagi siapa2 yang belum tahu , boleh tengok sini ..






Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

29 December 2011

JPJ , aku sedih tak jumpa kau ..

Assalamualaikum .. ^-^
Niena ni tak betul ke ? Kenapa nak jumpa JPJ sangat ?
Orang lain kalau boleh tak nak jumpa JPJ + gerun + takut = ?



Ha , korang macam tu kan ? Niena bukan apa ..
Niena sedih sangat .. Sepatutnya Niena jumpa / test JPJ 10 January 2012 ..

Tapi on that time Niena kat Intitut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim , Johor Bahru (IPTI) ..
So , negotiate dengan pakcik tu .. Niena pilih bulan 3 la untuk test JPJ ..

Lama kan ? Sudahlah Niena ni tak pernah bawa kereta .. Tiba2 dah lama tak bawa , mau test JPJ ..
Mestilah takut .. Bawa tah macam apa2 je nanti .. Kang ada JPJ tu cakap Niena bawa macam naik kuda pulak ..

Nasib badan lah hai .. Nak buat macam mana .. JPJ kat sini hari Selasa .. Kena pulak raya cina hari Isnin & Selasa ..
Memang malang betoi .. Niena rasa tempat lain semua hari Khamis kan ?

Ok , stop it .. Itu yang akan terjadi & terima kenyataan ye Cik Niena .. Ye ? Ok ?

Actually kan , Niena rasa dah lama sangat tak update blog .. Rindu gila .. Contest , GA & segmen pun rasa dah lama sangat tak participate ..
80 tips naikkan traffik pun Niena tak sempat nak update ..

Tak apa .. Malam ni Niena nak masuk contest , segmen & GA sebanyak mungkin ..
Muahahaha .. 



Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

28 December 2011

Penat Tunggu Tapi Tak Keluar Juga !

Assalamualaikum .. ^-^
Korang pelik tengok entry kali ni ?
Apa yang Niena maksudkan tu ?



Niena tahu sekarang ni ramai sangat blogger yang berebut-rebut nak buat contest , segmen & GA ..
Rasa macam free gift ni ada je hari2 yang publish ..

Masing2 sebab apa ?
Antaranya sebab nak tarik follower , pembaca setia , up traffic ..

Ada sesetengah blogger yang tak bertanggungjawab .. Sorry to say ok ..
Malah ada juga yang buat event tapi nama pemenang , list segmen tak umum2 ..

Dik , sebenarnya ada hadiah ke tak ni ? Apa suruh orang klik iklan awak baru nak beli hadiah ?
Kalau guna heartbeat yang macam siput tu , bila nak cashout ?

Niena tak senaraikan siapa .. Tapi Niena nak nasihatkan lah ..
Tak mau lah macam ni .. Tak baik .. Sampai 2 minggu dah tutup penyertaan tapi masih tak umumkan nama pemenang ..

Niena banyak join semua ni .. Sebab apa ?
Sebab nak support blogger2 semua .. Tapi kalau korang buat macam ni , lain hari korang buat ,
x ada orang nak participate ..
Ha , masa tu barulah padan muka dengan korang ..

Niena tahu korang yang buat segala macam tu , tapi tak baik hampakan orang lain ..
Seriously Niena tak kisah kalau Niena tak dapat pun ..

As an advise , better don't do it or you will lost your follower and no one want to enter you blog ..
Remeber that .. I know i'm not perfect , but as a blogger we should not ashamed ourselves ..
Do not take advantage on people kindness .. You make other people feel disapointed ..

Niena tak judge siapa2 atau kenakan siapa2 ok ..
Chil je , kepada mereka yang join tu .. Sabarlah ye ..
Blog ni pun belum ada sebulan lagi ..
Kalau baby baru lahir tu , tahu nangis je ..

Tapi Niena dapat tahu tentang semua ni sebab blogwalking ..
So , rajin2kan diri anda untuk blogwalking & support la blogger2 lain ye ..
Kepada yang terasa tu , Niena minta maaf banyak2 lah ye ..


Pesanan ikhlas dibawakan khas oleh 
Niena Sofea .. 



Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

27 December 2011

Tips Diet Berkesan

Assalamualaikum .. ^-^
Ada diantara korang yang sedang berdiet ke?
Nak tahu rahsia diet ?


Niena nak kongsi sikit .. Diet kali ni tak minta korang ikat perut ke , tak makan langsung ke..
Yang penting tips ni sangat berkesan ..
Tak rugi korang tahu tips ni ..

Niena bukan nak jual produk ok ..
Tapi ni kenyataan ..
Mungkin ada yang kurang mengambil berat tentang kesihatan ataupun terlalu sibuk 
dalam menjalani kehidupan seharian ..

Jangan risau , semua ni diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia ..

Niena , macam mana nak tahu berat dan tinggi kita ni seimbang ?
Ha, bab tu dinamakan BMI ..
Niena ada application BMI ni , jom check sama2 ..


*yang ni Niena punya , pada bulan 4 dulu la .. Hehe ..

Tips dan topik yang diketengahkan



Ha , macam2 kan ? Korang boleh baca tips2 dia kat sini ..
Ada resipi untuk korang yang diet ..

Ingat , korang boleh klik kat sini .. =)


== SEMOGA BERJAYA DALAM MISI DIET ANDA ! ==




Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

100 Tips to Increase Traffic Blog

Assalamualaikum .. ^-^
Niena nak share 100 tips bagaimana untuk naikkan traffic blog ..
Niena tahu blog Niena ni taklah top mana ..
Cuma Niena nak share apa yang Niena jumpa ..

Sebelum apa2 , Niena nak kredit pada Rahsia EBiz.com sebab web portal ni yang share untuk kita semua ..
Untuk tips lain , korang boleh pergi ke web tersebut ye ..

Niena nak senaraikan 20 tips dahulu .. Selebihnya , Niena akan post untuk hari2 yang mendatang ok ..
Jom tengok apa tips2nya .. =)



# 1
Buat blog dan cerita tentang apa² perkembangan tentang web atau diri anda secaralebih dekat. Pengunjung suka cerita dan update perkembangan baru. Search engines juga suka content yang relevant dan fresh spt diblogger.com. Jadikan blog andasebagai satu alat promosi yang berkesan.

# 2
Fokus pada ‘niche’ anda dengan lebih tersusun. Pastikan content web anda berkualitidan unik. Contohnya spt anda buat web pasal hobi memancing, pastikan anda buatpelbagai tips memancing, reference memancing, produk/service berkaitan, lokasi danblog mengenai kaki pancing secara lebih terperinci.

# 3
Letakkan fungsi komponen viral sepertisocial bookmarking- del.icio.us , furl, digg, etc

# 4
Berikan sesuatu percuma ‘free stuff’ atau ‘free download’ supaya orang seronok melayariweb anda.

# 5
Sindiketkan content web anda dengan menggunakan functionRSSsupaya org lain bolehsubscribe di mana² RSS reader.

# 6
Letakkan video diYoutubeatauGoogle Videodan masukkan sekali link / url web anda.

# 7
GunakanFlickr atauFotologsebagai batu loncatan promosi gambar-gambar berkaitandengan web anda. Letakkan gambar yang kelakar atau lucu lebih baik untuk dapatkanpublisiti mengenai web anda.
007
# 8
Letak radio atau audio / video streaming di web anda bagi menarik pengunjung.

# 9
Bagi ebook atau report free berkaitan apa² niche dan letakkan url web anda didalamnya.

# 10
Buat namecard / business card dan letakkan url web anda.

# 11
Buat logo ataufaviconutk web anda supaya jadikan ia unik dengan identiti tersendiri.

# 12
Nama domain web anda yang ringkas dan tidak panjang supaya mudah diingati.Contoh : yahoo.com , gameboy.com

# 13
Tak perlu heavy sangat graphic atau animation di web anda, hanya simple tapi padatserta loading time yang pantas bagi sesuatu web yang user friendly.

# 14
Navigation button atau link di web anda yang tersusun dan sistematik supaya mudah dilayari dan tidak mengelirukan pengunjung.

# 15
Jangan guna frames untuk web anda sebaliknya ganti dengan <iframe> , ini keranaloading time bg frame lambat dan banyak tidak compatible dengan beberapabrowser.

# 16
Kurangkan javascript kalau boleh kerana tidak semua web browser compatible atauberfungsi dengan semua jenis javascript.

# 17
Pastikan tiada broken link di website anda.Customize page 404supaya boleh link back ke mainpage web anda.

# 18
Promosi web anda di search engines terutamanyaGoogle,Siteadd.Com,Submitit.Com ,Getsubmitted.Com,Trafficboost.Com
2007
# 19
Promosi web anda melalui signature email. Setiap email yang dihantar kepada org lainsebaik-baiknya mempunyai signature url web atau email anda.

# 20
Tulis artikel di mana2 web atau forum dan letakkan sekali url web anda.


Sampai sini sahajalah Niena share dengan korang ..
Nanti Niena post lagi yang 80 tips tu ya ..
Kalau suka , klik iklan churp2 Niena boleh ?
Terima kasih .. =)



Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea