PRICE LIST UPDATED

3 December 2011

Welcome to Niena Sofea's World !

Assalamualaikum .. ^-^

Entry ini merupakan cerita pertama Niena ..  Sebelum ni Niena sibuk hias blog ni sebelum post apa-apa .. 
Hehe .. Ada juga orang yang follow walaupun "under construction" .. Terima kasih banyak2 ya .. Sayang korang .. Muah,muah,muah .. Hehe Cik Bunga cakap boleh ambil kontrek buat blog dia .. Blog Niena ni tidaklah seberapa kalau nak dibandingkan dengan blog
  Lyssa Faizureen tu .. Kebanyakan widget ni pun Niena dapat daripada tutorial Cik Lyssa , Apit & Wan ..
Mereka menyediakan tutorial terbaik .. Sebab tu lah terciptanya blog Niena yang "biasa-biasa" sahaja ni ..
Niena sarankan kamu semua follow la blog2 mereka ni .. Berbaloi tau .. Niena gerenti korang puas hati .. =)

Ok , sekarang beralih pula kepada pengenalan diri Niena sendiri ..
Kenapa letak nama "Niena Sofea" ?
Erm .. Niena pun sebenarnya dah tak ingat sangat sebab nickname ni Niena cipta masa Niena darjah 6 (tahun 2005) ..
Lama kan ? Tu lah sampai Niena dah tak ingat ..
Apa2 pun bagi Niena nickname ni sangat lembut .. Bagi Niena la kan ..
Tak tau la kalu bagi korang ..

Niena tiggal dimana ya ?
Niena anak jati Johor .. Tinggal didaerah bersejarah iaitu Kota Tinggi .. 
Korang pernah dengar tak nama tempat ni ?
Erm .. Ok la , klu dia , kat sini ada makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang & Laksamana Bentan ..
Korang mesti pernah tengok cerita tu kan ? Ala , yang isteri Laksamana Bentan ni pregnant .. Dia mengidam sangat nak makan buah nangka ..
Kebetulan lalulah hamba istana Sultan Mahmud yang membawa nangka untuk beliau ..
Si isteri ni pun makan la sikit nangka tu & Sultan murka , beliau menyuruh laksamananya memancung (kalau tak silaplah , lupa pula .. =p) isteri Laksamana Bentan ..
Laksamana Bentan marah & ketika Sultan Mahmud dijulang untuk solat Jumaat di masjid , Laksamana Bentan telah menikam (lebih kurang macam itulah ) Sultan Mahmud & beliau BERSUMPAH
7 keturunan Laksama Bentan tidak boleh menjejakkan kaki ke Kota Tinggi , jika ingkar , maka akan MUNTAH DARAH ..
Ha , cam tu lah cerita dia .. Panjng kan ? Hehe .. Tapi cerita tu sahih tau .. Bukan tipu2 ..

Tarikh lahir Niena pula bila ya ?
Niena lahir pada bulan 2 Mei 1993 ..
Hari Ahad , selepas masuknya waktu Asar ..
Dah tahu tarikh lahir jangan lupa bagi hadiah tau .. (demand pulak .. hehe)

Niena ni sekolah lagi atau melanjutkan pelajaran ?
Niena sudah tamat persekolahan pada tahun 2010 ..
Baru je lepas sekolah .. And now , Niena sambung di 
Institut Pendidikan Guru Kampus Temenggong Ibrahim , Johor Bahru ..
Bakal guru la Niena ni ye .. Guru apa ?
Insyaallah guru Bahasa Inggeris .. Sekarang ni opsyen Niena ialah
Teaching English as Second Language (TESL) ..

Itu sahajalah serba ringkas tentang diri Niena .. Kalau nak tahu lebih lanjut , boleh tanya di ruangan komen ya .. =)

Harap2 , sudilah membaca blog Niena yang tak seberapa ni .. 


Salam Kasih,

Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

2 comments:

ika sulaika said...

same lh kite bedua ni...eqa pon "jati johor" .Pernah tinggal kt Kota jgk..tpi smpai 2005 jew..then ,pindah BT,Kulai..
OPS LUPA...hai

Unknown said...

Hai juagak eqa ..

Kulai & Klta tu dekat2 je kan ?

Thnxs ye sudi baca entry Niena yang x sbrapa ni .. =)

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea