PRICE LIST UPDATED

31 December 2011

Tanganku Yang Tak Ada Seni

Assalamualaikum .. ^-^
Ni entry Niena sebelum menjelang tahun 2012 ..
Rasa agak sedih untuk meninggalkan 2011 yang meninggalkan berjuta kenangan ..
Nak buat macam mana .. Bumi tetap berputar pada paksinya ..
Kita akur akan ketentuan Allah SWT ..


Semoga dengan kehadiran 2012 , kita dapat "top up" iman kita ..
Berhijrah untuk kearah yang lebih baik ..
Seorang yang berfikiran positif serta meninggalkan larangan-Nya ..


Niena bukan nak cerita tahun baru , sebab ramai dah yang update tentang tahun baru ..
Azam mereka .. Niena nak berazam ni , macam tak biasa la ..
Sebab Niena jenis membujur lalu , melintang patah ..
Siapa2 yang tak tahu peribahasa tu boleh masuk sekolah menengah semula ..
Hehe .. 


Yang Niena nak beritahu ni , adalah lukisan , seni serta yang sewaktu dengannya ..
Niena paling tak minat seni daripada masuk sekolah sampai sekarang ..
Sebab apa ?
Sebab tangan Niena memang tak ada seni !


Tak percaya ? Cuba tengok lukisan2 kat bawah ni ..


Gambar ni member Niena yang tolong lukiskan , Sam Jereth
** Dia perempuan ok , nak harap budak lelaki tolong , kirim salam je la ..


Ha , yang ini pulak , tangan niena yang lukis .. Hodoh kodoh kan ? Hahaha ..
Dengan tona warna tah hape2 je .. Ni patut dapat E-


Yang gambar ni pun , Sam yang tolong lukiskan .. Dia memang pakar melukis ..
Maybe ada campur tangan Shu & Farah mungkin .. Lupa !


Lukisan ni favourite Niena .. Bagi orang yang tak ada seni macam Niena ni , pandang lukisan ni dah maveles sangat dah .. Yang ni fully Niena yang lukis & colour ok !
Tetiba ada cendawan yang huduh kat belakang tuh ..


Untuk pengetahuan korang semua , ni lukisan masa tingkatan 2 .. Lukisan tingkatan 3 ada cikgu rembat letak kat bilik seni (PSV) .. Dia cakap lukisan Niena tu ada kena mengena dengan ruang & dijadikan contoh .. Niena pun tak sangka sebenarnya ..

Masa tu exam PSV (Pendidikan Seni Visual) .. Ada pilihan soalan minta buat kertas dinding ruang makan .. So , Niena buatlah design Niena guna jangka lukis .. Buat bulat2 je tapi bulat tu bercantum & setiap ruang different colour ..

Member Niena siap cakap lagi "Kalau wallpaper ni kau letak kat ruang makan kau , muntah aku .. "
Hehe .. Sabar je dengan statement tu .. 

Maaflah Niena terpaksa "mendera" mata korang untuk melihat lukisan Niena yang hodoh kodoh tu .. Hehe ..




Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

1 comment:

aReLaN said...

ok la tu bndg ngan saya.hahaha

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea