PRICE LIST UPDATED

31 December 2012

PROMOSI YES : FELINNA Inchloss Lotion & FELINNA Vitamin C Plus Pure Collagen


Assalamualaikum .. ^.^

Hari ni Niena nak cerita yang online shop Niena mengadakan promosi sempena Year End Sale (YES) .. Apa yang menariknya YES ni ? Yang menariknya ialah harga yng ditawarkan memang berbaloi , baloi .. Tak percaya ? 


PROMOTION YES Year End Sale 2012!

1 set FELINNA BEAUTY Inchloss Lotion & Vitamin C with PMC

RM130 FREE POS ^_____^

READY STOCK tauuuuuu!

Ha, apa lagi .. Meh serbu online shop Niena dekat sini ;
LOVE LENS
Promosi sah sehingga 31 December 2012 sahaja .. =)


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

28 December 2012

Tahukah Anda ?


Assalamualaikum .. ^.^

Niena nak share tentang info yang kita tak tahu .. Korang mesti "wow" bila baca .. Haha .. Jom tengok apa yang bestnya tu ..

1. Bermimpi adalah normal , tidak kira ia mimpi indah atau ngeri .. Mereka yang tidak bermimpi selalu dikitkan dengan masalah peribdi atau personaliti.

2. Kita sebenarnya melihat menggunakan otak .. Mata hanya sebagai kamera yang mengirimkan data ke otak .. Satu perempat bahagian dari otak digunakan untuk mengaturkan kerja mata ..

3. Tanpa makanan , manusia boleh hidup selama lebih kurang 14 hari , tetapi tanpa tidur manusia hanya boleh bertahan selama 10 hari .. 

4. Nama kereta Nissan berasal daripda bahasa Jepun. Ni: 2 dan San: 3 .. Nissan: 23 ..

5. Pada tahun 1830-an , sos tomato dijual sebagai ubat.

6. Sehelai rambut di kepala kita mempunyai masa untuk tumbuh antara dua hingga enam tahun sebelum digantikan dengan rambut baru .. 

7. Kuku jari tangan tumbuh cepat empat kali daripada kuku kaki ..

8. Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali setiap hari ..

9. Mulut menghasilkan 1 liter air liur setiap hari ..

10. Semut dapat mengangkat beban 50 kali daripada tubuhnya .. 

Credit: Majalah Dara.com Januari 2013


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Alpha Lipid SD II


Assalamualaikum .. ^.^


Kenapa  Niena buat entry ni ? Niena jual minuman diet ni ke ? Tak lah .. Niena cuma nak minta pendapat korang je .. Korang pernah minum susu ni ? Kawan-kawan ke , parents ke , saudara-mara ke , jiran tetangga ke ? 

Berkesan tak ya susu ni ? Niena nak cuba .. Tapi harga dia memang mahal jangan cakap lah kan .. 1 tin je RM 160 beserta kit .. 1 hari minum 4 kali sebanyak 2 scoop setiap kali minum .. Ye la , Niena student .. Mestilah tahu sakitnya cari duit .. 

Tengok testimoni memang bagus SD II ni .. Sekejap je dah turun berat badan .. Tapi 1 tin ni tahan 1 minggu je kau .. Jangan main-main .. Betapa mahalnya susu ni kan .. Kalau nak turun berat badan cepat , kenalah patuhi pantang larang ..

Tak boleh makan makanan berkarbohidrat kerana ia akan menerencatkan penurunan berat badan .. Makanan berkarbohidrat ialah nasi , mi , kuih muih dan buah-buahan katanya .. Nakpak tak nasi tak boleh makan ? Haha .. Nasib korang lah ..

Tapi susu ni menyenyangkan .. Jadi , korang tak perlulah takut kelaparan .. Makanan alternatif yang korang boleh ambil ialah keju , sayur-sayuran , ikan .. Niena pun tak tahulah kalau beli  boleh ke nak makan ikan macam tu sahaja ..

Sebagai pelajar , Niena memang menggunakan banyak oksigen untuk berfikir .. Sekaligus menyebabkan kelaparan .. Itu yang Niena risaukan .. Niena dalam proses pertanyaan kepada mereka yang berjaya turun berat badan ..

Bukan tak percaya ke apa .. Tapi nak tahu macam mana diorang ni boleh bertahan diet .. Pastinya semangat perlu kuat lah kan ? Korangy ang pernah ambil dan berjaya ataupun tidak , marilah kongsikan dengan Niena .. Nak tahu sangat .. Kalau bagus , Niena nak cuba .. Kihkihkih .. 

Testimoni , testimoni ! Sila share .. =)



Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

27 December 2012

FELINNA Inchloss Lotion



Assalamualaikum .. ^.^

MAHU LEBIH LANGSING??
MAHU MENGHILANGKAN LEMAK2 DEGIL DIBAHAGIAN PERUT, LENGAN, DAN LAIN2?? HASILNYA MEMANG MEMUASKAN...

Hello darl ! Hari ni Niena nak bagitahu sikit tentang FELINNA Inchloss Lotion .. Ada yang tak tahu ? Macam ni rupa dia ..

Harga : RM75 / bottle
Postage :RM6 bagi semenanjung & RM9 bagi Sabah & Sarawak

Kecil dan comel je kan ? Mudah dibawa kemana-mana .. Nak tahu kebaikan dia ? 

RAHSIA KENAPA INCHLOSS SANGAT HEBAT!

1) Lotion ni sangat wangi dan tidak terlalu panas dan tidak berbau seperti minyak angin, dia dingin dan mesra pengguna. malah mudah dibawa and selesa dipakai walaupun ketika bekerja.

2) Hanya sekali sapuan anda bole lihat perbezaan inch anda (pastikan ukur sebelum guna ya). Mudah nak apply kat mana-mana bahagian kita tidak puas hati.

3) Inchloss diformulasi dari bahan2 semulajadi yg selamat utk wanita hamil,menyusu atau gastrik.Ianya selamat bagi wanita hamil kerana rumusan nya tiada sebarang chemical. ( KECUALI BAHAGIAN PERUT )

4) Kita boleh mengawal bahagian tubuh mana yang hendak dikuruskan jadi kalau yang kurus sekadar nak buang lemak2 sikit2 tu pun boleh mencuba. Pasti puas hati!

5) Yang pasti dengan inchloss dah hantar utk dibacakan 30 JUZUK AL-QURAN di Mahad Tahfiz Bukit Mertajam Penang... Semoga lebih dirahmati. (TIDAK BOLEH DILANGKAH YA)

6) Felinna (owner product) mencuba sendiri dan rasakan result yg fantastic! Bombastic! Dan yg pasti tidak nampak plastik hnya dalam masa sebulan 5KG TURUN.

Kenapa semua harus memilih inchloss? 

1) Ianya xterlalu panas dan berbau seperti minyak angin malah mudah dibawa and selesa dipakai walaupun ketika bekerja (so xdakla org cakap..ko sakit perut eh? Bau minyak wangi jek)

2) Iannya selamat bagi wanita hamil kerana rumusan nya xda sebarang chemical..kecuali! Jangan lah sapu kat perut tu nak bagi kurus pulak... Hehe

3) Inchloss rumusan yg bagus utk kulit..lembut kulit,masalah kulit kering,selulit,bagi yang jadi merekah kat tap
ak kaki pon membantu! Dah berkali2 owner reject masa nak buat produk and try last2 mmg ambik yang dipasarkan now sebab sgt puas hati den :)

4)Produk kami dipasarkan with syarikat glamer femes lagi tu yg mmg pakar buat herb- by Miracle herbs.

6)Mudah nak apply kat mana2 bahagian kita xpuas hati asalkan bukan muka lah.. Tapi jgn risau bila lemak di badan terbakar so kita nya body tu akn auto peluh2 so nnt muka pon kurus sendiri lah..

PRODUK WAJIB ADA bagi wanita atau lelaki yang dah gemuk atau kurus yg ada lebih2 isi xbest di luar sana... Perlu ada dalam handbag masing2 tiap hari ye...

Hihi .. Menarik tak ? Dengan harga RM75 sebotol dan harga pos RM6 bagi semenanjung & RM9 bagi Sabah & Sarawak .. Jom lah cuba .. Kita sama-sama kurus .. Untuk berhubung terus dengan Niena , boleh pergi ke FB Niena ya ..

Klik sini untuk mendapatkan produk ini


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

FELINNA Vitamin C & Pure Collagen



Assalamualaikum .. ^.^

U alls , setelah sambutan hangat diberikan kepada FELINNA Inchloss Lotion , FELLINA telah melancarkan produk FELINNA Vitamin C & Pure Collagen pula .. Sangat berkesan tau .. 

Harga : RM 85 / kotak
Postage : RM6 Semenanjung & RM9 Sabah & Sarawak

Selepas sambutan hangat diterima untuk produk krim pelangsingan badan, INCHLOSS, kini Felinna Beauty megorak langkah mengeluar dan memasarkan produk supplement yang bakal mencetus fenomena baru terutama bagi mereka yang aktif dan sibuk namun dalam masa yang sama turut mementingkan kesihatan dan kecantikan kulit secara keseluruhan.

Felinna Vitamin C plus Pure Collagen 5000mg, satu2nya produk keluaran bumiputera yang menandingi produk antarabangsa!

DOS PENGAMBILAN:
Ambil 1-2 kapsul sehari sebelum tidur (makan malam 3-4jam sebelum itu). Minum banyak air sepanjang hari untuk membantu badan menyah toksin dan melancarkan peredaran darah bagi memaksimakan kesan penyerapan vitamin C ini.
Wanita mengandung atau menyusu juga sesuai !
Sememangnya HALAL dan kelulusan KKM !

1 Box : 30 capsule

Cara Pengambilan : 
Telan 2 biji selepas mkn mlm
(Utk Penjimatan, boleh ambik sebiji shj)
Minum Air putih at least 2-3 liter sehari

Detail Product: *5000mg with extra collagen..
Gabungan mantap antara PF,Vitamin C. And IQR 1000mg..

KHASIAT:
- Mengatasi masalah kulit dari dalaman
- Mengurangkan masalah jerawat dan dark spot
- Melicin dan menegangkan kulit
- Mengurangkan pelbagai masalah kesihatan lain seperti;
-Mencerahkan kulit secara semulajadi
-Mengurangkan lingkaran bawah mata
- Darah tinggi, jantung tersumbat dan lain-lain lagi!
- Keluaran MUSLIM
- Di Kilangkan di Kilang Berstatus GMP
- Di Jamin HALAL Dan Selamat
- Memdapat Kelulusan KKM

KANDUNGAN :
-Pure Marine Collagen
-Extract Gluta
-Vitamin C
-Extract Citrus

Reg no :ULUKM/1542/12
Halal ref No : 150127-PR
MFG :2012
Exp.Date : 2015

Korang yang nak memiliki produk ni , boleh dapatkan disini :

Klik sini untuk menghubungi Niena

Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Tips : 8 Amalan Murahkan Rezeki


Assalamualaikum .. ^.^

Duit selalu tak cukup ? Dapat duit tapi tak tahu habis kat mana ? Ha .. Mari check balik tang mana amalan kita yang salah tu .. 

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan , Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperoleh rezeki dalam pelbagai bentuk yang obleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.. Di antaranya ..

1. Beribadah
Allah tidak akan sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam , sempatkanlah untuk menyembah-Ku , maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu .. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dnegan kesibukan dan Aku tidak akan menutup kefakiranmu." (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a)

Note : contoh ibadah ialah solat .. Solat termasuk dalam rukun Islam .. Berdosa besar jika sengaja meninggalkan solat .. Kenapq pula duit selalu tak cukup ? Kerana rezeki yang korang perolehi itu tidak berkat kerana rezeki itu datangnya daripada Allah .. Korang tak bersyukur dengan nikmat yang Allah beri .. 

2. Banyakkan beristighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba dihadapan Allah , yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan kepada hamba-Nya lalu DIa berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba .. Sabda Rasulullah S.A.W :
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya , menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah  dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a)

Note : Bukankah istighfar sebanyak 3 kali itu penghapus dosa kecil ? Amalkan selalu ya .. =)

3. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad , Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambah rezekinya , hendaklah berbakti kepada ibubapanya dan menyambung tali kekeluargaan .. Baginda SAW juga bersabda;
"Siapa berbakti kepada ibubapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya." (Riwayat Abu Ya'ala, al-Tabrani, al-Asybahani dan al-hakim"

Note : Ada yang mengatakan berilah wang pada ibubapa untuk kebaikan mereka walaupun hanya RM 10 .. InsyaAllah , murah rezeki korang .. =)

4. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa .. Dosa bukan sahaja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki .. Sabda Rasulullah SAW;
"dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." (Riwayt at-Tirmizi)

Note : Ha , betul tak Niena cakap ? Tak solat tu berdosa .. Sekaligus rezeki itu tidak berkat .. Maka , tinggalkanlah larangannya .. Jaga batasan , tingkatkan amal .. =)

5. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang lain menjadi sebab Allah lpangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajt sendiri, seperti sabda Rasulullah SAW;
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya, maka Allah akan menunaikan hajatnya ... " (Riwayat Muslim)

Note : Tidaklah tunaikan hajat macam belikan Blacberry ke , Iphone ke .. Tu macam dah melampau sangatlah kan .. Tunaikan hajat yang baik-baik dan untuk kebaikannya .. =)

6. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah SAW berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yng berkat.

Note : Kalau tentang ni semua orang dah tahu kan ? Jadi , jangan tidur lepas solat Subuh .. Rezeki tak masuk .. =)

7. Menjalin silturahim
Rasulullah SAW bersabda;
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya,maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." (Riwayat Bukhari)

Note : Jangan putuskn silaturahim sesama muslim .. Tak elok .. Allah murka ..

8. Amal kekalkan wuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu memurahkan rezeki oleh Allah .. Baginda Rasulullah SAW bersabda;
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki." (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

Note : Seperti Sultan Muhammad Al-Fateh pun sangat hebat kerana Beliau sentiasa mengekalkan wuduk walaupun ketika berperang .. Beliau ialah sebaik-baik pemimpin , rakyatnya sebaik-baik rakyat dan tenteranya sebaik-baik tentera .. Sebab itu beliau berjaya menakluki konstantinopel .. =)

p/s : Jom berubah kearah kebaikan .. =)

Credit : Majalah Dara.com Januari 2013


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

22th Birthday GiveAway


Assalamualaikum .. ^.^

*Click banner to join .. =)

Due date : 22 February 2013


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Night Market aka Pasar Malam


Assalamualaikum .. ^.^

Korang , malam tadi Niena pergi pasar lambak tau .. Eh ? Pasar lambak ? Ada yang tak pernah dengar ? Niena memang menggunakan istilah ni untuk pasar malam .. Ada orang panggil pasar sahaja , ada panggil pasal malam dan pasar lambak .. 

Awat jakun sangat Niena ni pasal pasar lambak pulak ? Macam tak pernah pegi je .. Hokey , sememangnya niena memang dah berkurun tak pergi pasar lambak kampung Niena .. Kat kampung Niena pasar lambaknya setiap hari Rabu ..

Setiap hari Rabu pula , Niena dekat IPG .. Macam mana kan nak pegi ? Minggu terakhir cuti ni lah Niena baru sempat nak pergi .. Hihi .. Tu pun dah banyak yang tutup sebab pergi lambat pukul 7.45 .. Haha .. Gilos kau , hangus manghrib aku nanti kang semata-mata nak pergi pasar lambak ..

That's why pergi lambat sikit .. Niena pergi bukan sorang-sorang . Tapi satu family , tanpa ibu dan adik pertama Niena , Bilah .. Ibu pergi kursus dan Bilah dah balik matrik tangkak .. Sob, sob, sob .. So , tinggallah ayah dan 3 orang adik Niena sahaja .. So , berlima lah kami berkawad ke pasar lambak .. Kau hado ? Haha ..

Memang dah lama gila tak pergi pasar lambak , nampak abang kebab , "Eh , abang ni niaga lagilah , ermm , tapi dah aging .." Macam mana tak aging , aku jumpa dia daripada sekolah rendah lagi  ,so sekarang dah tua ler .. Nampak pakcik jual cendol , "Pakcik ni niaga lagi rupanya .. Sihat lagi orang tua ni .. " Lepas tu nampak pulak mak member , "Mak Aizzah masih jual ayam goreng lagi .. "

Kesimpulannya , semua orang masih lagi berniaga cuma faktor usia yang semakin meningkat .. Hihi .. Kesimpulan baik punya kau .. Ayat orang dah lama tak pergi pasar lambak .. Korang biasanya eli paa ek kat pasar lambak ?

Semalam macam-macam yang dijual tapi dah tinggal sikit lah .. Nak tahu Niena beli apa ? Niena beli angin jek .. Haha .. Makan angin , jalan-jalan macam tu je .. Tak ada apa yang berkenan nak makan .. Sebab petang tu Niena dah makan ..

Adik lelaki Niena pulak boleh provok , "Membazir minya kereta je pergi tapi tak beli apa-apa, membazir je jalan kat sini and bla bla bla .. " Senang je jawapannya , "Membazirje Irfan membebel.." Haha , adik lelaki aku suka membebel .. Umur dah nak masuk 11 tahun tahun depan .. Besar dah adik Niena ..

Dulu Niena yang jaga dia kot dari kecil .. Cepat je masa berlalu .. Masuk je kereta , Encik Ayah bertanya "Nak minum-minum?" Dalam hati cakap , ini kejadian aneh .. Kenapa aneh ? Sebab Encik Ayah memang jarang bawa kami makan or minum kat luar ..

Encik Ayah tu cerewet , nanti dikomennya makanan tu bahan tak cukup , perasa tak lengkap , kurang itu , kurang ini .. Napak tak bapak aku dah boleh jadi pengkritik makanan ? Haha .. Niena minum lai ci kong je .. Sampai sekarang aku tak tahu lai ci kong ke lai ci kang ke , asal bukan air longkang sudah la .. Haha ..

Tapi kecewa sikit lah .. Lai ci kong Niena tu tak banyak isi .. Ais jek banyak .. Sob,sob,sob .. Nasib tak mahal tau .. Adik-adik Niena order teh tarik , carrot susu 2 & tauhu bakar .. Encik ayah pulak minum teh o ais dan makan mi bandung ..

Mentang-mentanglah Puan Ibu tiada dirumah , Encik Ayah pun membawa kami makan diluar .. Tapi nampaknya adik-adik tak berselera sebab Puan Ibu tiada 1 hari .. Ketika entry ini ditulis pun Puan Ibu belum pulang kerumah lagi ..

Bertambah kurang selera la adik-adik aku ni .. Haha .. Paling best rumah tak sepah dan tak banyak pinggan mangkuk .. Niena pun tak tahu kenapa .. Masa ada Puan Ibu , kemain lagi dorang sepahkan rumah .. pinggan mangkuk pun tahu longgok je kat sinki tak mau basuh .. 

Apa dah adik-adik aku ni .. Apa nak jadi pun tak tahu .. Adik ramai la katakan .. Apa-apapun best sebab dapat keluar ramai-ramai .. Lepas ni dah nak naik skeolah dah .. Memang homesick la jawabnya .. Dah dekat 2 bulan duduk rumah .. =='


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

25 December 2012

Dara.com : Yuyu Zulaikha as Cover Girl


Assalamualaikum .. ^.^

Fuh ! Lama tak update blog .. Maklumlah , lately busy dengan bisnes .. Hihi , tak tahu Niena bisnes apa ? Meh pergi ke Facebook Profile ni ..

LOVE LENS

Ha , kalau korang berminat bolehlah PM Niena terus di FB profile tersebut .. Kat profile tu pun Niena dah sediakan no.telefon untuk korang contact Niena .. Tapi pastikan tanya tentang produk ya .. Bukan sponsor GA , contest or segmen ok .. Niena dah tutup dah sementara waktu untuk sponsor .. So , Niena harap korang faham ya .. =)

Ok , berbalik pada title entry ni .. Korang tahu tak blogger kesayangan korang jadi cover girl Dara.com ? Niena memang pembaca setia majalah ni .. Niat hati nak jadi cover girl , tapi terpaksa lah lupakan kerana tinggiku macam pelajar sekolah menengah sahaja .. =='

Kejap , kejap .. Siapa blogger tersebut ? Siapa lagi kalau bukan Yuyu Zulaikha .. Dia jadi cover girl majalah Dara.com edisi Januari 2013 .. Ha kau , meletop gitu ! Semalam Niena baca status Yuyu yang menyatakan dia jadi cover girl , so hari ni kebetulan keluar .. Memang cepat-cepat cari ..

Tersenyum lebar bila tengok Yuyu jadi penghias majalah Dara.com kesayangan Niena tu .. Katanya (ala-ala double A gitu) dia malu nak bagitahu kita-kita ni yang dia pergi shooting cover girl majalah Dara.com .. Eleh Yuyu , malu-malu kucing pula ya .. Diam-diam je jadi cover girl .. Kalau Niena la, memang dah canang 1 Malaysia (jakun betul aku ni ha kau !) ..

Tak apalah Yuyu yang pemalu , sekarang wajah Yuyu sudah menghiasi kedai-kedai buku dan majalah .. Meletop sekali lagi tau .. Itu menunjukkan Yuyu rendah diri .. Tak nak menunjuk-nunjuk walaupun dia hebat .. Salute lah Yuyu .. Kecil-kecil cili padi , dalam diam berisi .. Hihi ..

Ha , tu dia cover girl Dara.com Januari 2013 ..




Korang boleh ke baca tulisan kecil dalam gambar tu ? Haip ! Jangan kedekut .. Pergi beli dan buat koleksi sana .. Jangan lokek ye .. Tak elok .. Tapi Niena kecewa sikit la .. Bukan sebab Niena tak dapat nak jadi cover girl tapi sebab penulisan tentang diri Yuyu sangatlah sikit ..

Niena teruja sangat nak baca apa yang ditulis oleh penulis .. Yuyu dapat 3 page dalam majalah ni .. Tapi penulisan sangatlah ciput mak oi .. Korang-korang , belilah beramai-ramai majalah ni ye .. Yuyu sangat kiut !

p/s : Nanti kalau Niena jadi cover girl sila support ya .. :p (angan tak sudah)


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

23 December 2012

Wak Gelas 1st Giveaway: Secondhand Ipod


Assalamualaikum .. ^.^

* Click banner to join .. =)

Due date : 5 January 2013 (12.12 pm)


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

SEGMEN: BLOGLIST MAMA KAYBEE 2013


Assalamualaikum .. ^.^

* Click banner to join .. =)

Due date : 31 December 2012 (7 petang)


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Fivers Hijabis Giveaway by MV


Assalamualaikum .. ^.^

*Click banner to join .. =)

Niena tag: 

Due date : 23 January 2013


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

22 December 2012

Contest Sweet Smile by Yaya & Dija


Assalamualaikum .. ^.^

*Click banner to join .. =)


Due date : 25 December 2012 


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Limited Edition GiveAway by Dysha Sahhir


Assalamualaikum .. ^.^

* Click banner to join .. =)

Due date : 31 December 2012


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

GIVEAWAY BUTTERSCARVES: "STYLE YOUR SCARVES"


Assalamualaikum .. ^.^

*Click banner to join .. =)


Due date : 31 December 2012


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Segmen Sabtu By Emas Putih


Assalamualaikum .. ^.^

* Click banner to join .. =)

Niena tag: 




Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

21 December 2012

Alhamdulillah , Selesai Sudah



Assalamualaikum .. ^.^

Alhamdulillah Niena dah siap edit blog .. Banyak batl benda nak kena edit .. Dulu selebet je blog sebab tak pandai godek-godek kod .. Sekarang dah pandai sikitlah .. Niena tahu korang mesti cakap blog Niena lebih kurang macam Lyssa Faizureen ..

Jawapan Niena 1 je .. Niena ikut SEMUA tutorial Lyssa ok .. Niena pun selalu tanya Lyssa kalau ada masalah dengan blog .. Dengan erti kata lain .. Niena tak tiru ok .. Ada je blog lain macam Niena ni .. Tapi dalam versi warna lain ..

So , harap korang jangan salah sangka ok .. Niena tak tiru , tapi ikut tutorial Lyssa .. Ok ? Penat 1 hari edit blog .. Maaf kalau ada yang cuba bukak blog Niena tapi tak boleh ..


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

10 Bloglist Bertuah December



Assalamualaikum .. ^.^

Here its come ! hehe .. Dengan bangganya Niena nak ishtiharkan 10 blog bertuah melalui Segmen : Pencarian Bloglist December by Niena Sofea ..

Inilah blog yang dipilih Encik Random.org ya

Tahniah kepada yang bertuah .. Yang lain masih boleh jadi yang bertuah untuk bloglist seterusnya ya .. Terima kasih atas sokongan anda .. Bloglist ni akan kekal sehingga hujung bulan Januari .. Pencarian bloglist Februari akan dijalankan pada Januari 2013 ..

Terima kasih atas kerjasama & sokongan korang .. =)


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Segmen : Pencarian Bloglist December by Niena Sofea DITUTUP !



Assalamualaikum .. ^.^

Sukacitanya Niena maklumkan bahawa Segmen : Pencarian Bloglist December by Niena Sofea telah DITUTUP ya .. Alhamdulillah seramai 33 orang yang menyertainya untuk bloglist December 2012 .. Tapi 10 orang bertuah telah dipilih oleh Encik Random.org .. 

Maaf sebab tutup awal ya .. Sebab Niena nak edit blog dan nak tutup blog sementara waktu .. *Kompom trafik menurun .. Haha .. Abis tu , nak buat macam mana .. Takkan Niena nak edit masa orang datang singgahkan ..

Sama lah macam kita dirumah sedang membaiki rumah , tiba-tiba ada orang datang .. Kan segan sebab ada lagi yang tak siap .. hihi .. Perumpamaan tah apa-apa kan ? Haha .. Sebentar lagi Niena akan listkan 10 orang yang bertuah tu ..

Terima kasih sebab sudi join .. Niena harap akan datang ramai lagi yang sudi join untuk bloglist bulan berikutnya ya .. =)


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Segmen : Pencarian Bloglist December by Niena Sofea



TAMAT
Assalamualaikum .. ^.^

Hari ini Niena nak lancarkan Segmen pertama blog Niena .. Segmen : Pencarian Bloglist December by Niena Sofea tajuknye .. Sebab Cik Didiey yang syorkan .. Jadi , Niena rasa itu adalah idea yang sangat menarik .. Tiap-tiap bulan insyaAllah Niena akan anjurkan segmen ni .. Ok , ni syarat-syaratnya ya .. =)


Link banner :
 http://i.imgur.com/NvIak.png

Syarat-syarat
1. Menjadi FOLLOWER blog ini.
2. Buat entry bertajuk "Segmen : Pencarian Bloglist December by Niena Sofea"
3. Letakkan banner ni dalam entry segmen ni dan link kan ke entry ni ..
3. Tag SEORANG sahaja blogger (Pastikan dia tahu) ..
4. Dah siap buat entry , hantarkan link entry korang kat ruangan komen entry ni .. 
5. SIAP !

Niena akan pilih 10 bloglist itu melalui Random.org .. Hadiah tak ada lah ya .. Sebab Niena baru lepas buat GA .. GA akn datang pada bulan December 2013 insyaAllah ya .. 

Dengan lafaz Bismillah , Niena merasmikan segmen ni pada 14 December 2012 .. Niena harap ramai lah yang join ya .. Sebanyak 10 blog akan berada di bloglist blog Niena .. Simple je kan syarat-syaratnya ? Jom join !
SENARAI NAMA <----- TEKAN
Tarikh tutup : 21 December 2012 11.59 malam (seminggu je !) 
TAMAT 

Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

20 December 2012

Review : Kimchi



Assalamualaikum .. ^.^

Siapa yabg belum baca entry kimchi yang lalu , sila rujuk entry dibawah ni ya berkenaan kimchi ..
Kimchi Niena belum jadi jeruk lagi tu .. Tapi Niena tak minat nak makan .. Sebab bau serbuk cili tu kuat sangat .. Niena pernah makan kimchi kat Seoul Garden .. Memang sedap , kena lah dengan citarasa Niena .. Niena orangnya fleksibel .. Kasilah makanan French , Italy semua Niena boleh makan .. 

Tapi kimchi ni bahan-bahannya semua mentah macam kimchi paste tu , lepas blender bawang putih , halia , terus je gaul kan .. Tak masak .. Jadi bau dia memang naik lah .. Kita ni bukan orang Korea mahupun Jepun yang boleh makan direct mentah-mentah ..

Bagi Niena . slack pada serbuk cili tersebut .. Niena takut nak makan .. Warna dia memang merah dan sangat lah pedas .. Niena memang hantu pedas , tapi serbuk ni ya ampun punyalah pedas .. Niena pernah tanya serbuk cili Korea yang dijual di internet .. 

Niena nak tentukan samaada terdapat alkohol ataupun bahan-bahan yang haram lah kan .. Penjual tu cakap ada alkohol .. Jadi , macam mana Niena nak beli kan ? Erm .. Tak tahu lah .. Niena buat sebab adik Niena yang nak makan .. Niena buat je la untuk dia ..

Niena pun tak tahu lah .. Risau sangat tak jadi .. Kan dah membazir tu .. Tapi , kimchi ni boleh buat stew .. Jadi , Niena akan jadika stew dan tambah perisa yang sedap .. (Motivasi diri agar tak down , :p) .. Haha .. Kalau korang tak faham instruction Niena tu , boleh tengok video Maangchi .. Dia ajar lengkap ..

Walaupun dia ajar guna video , sila baca semua yang ada kat situ sebab ada yang dalam cara-cara yang dientry tak ada dalam video .. Jadi , good luck lah pada yang nak mencuba .. Nasihat Niena , serbuk cili tu jangan letak banyak , buat dalam kuantiti yang sikit sebab ni bukan makanan kita kan .. Takut tak kena dengan selera ..

Apa-apa pun , selamat mencuba !


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

19 December 2012

Resipi : Kimchi



Assalamualaikum .. ^.^

Alhamdulillah  , hari ni Niena berjaya buat kimchi .. Ramai juga yang bagi feedback mahukan resipi .. Sabar ya .. Tadi dah penat , tak sempat nak share resipi .. Jom belajar buat kimchi ! Senang je .. =)

Bahan-bahan
- Napa cabbage (3 biji/10 pound)
- 1 cawan Garam
- 1/2 cawan Sweet rice flour ( Niena guna tepung beras je , tak jumpa tepung ni )
- 1/2 cawan gula
- 1 cawan bawang putih ( Niena kurangkan )
- 1.5 inci halia ( Boleh kurang kan sebab bau dia menyengat )
- 1 biji bawang India
- 1 cawan sos ikan ( Niena guna sos tiram sebab tak ada sos tiram keluaran Malaysia )
- Serbuk cili (ikut selera )
  • Tanpa serbuk cili : tak pedas
  • 1 cawan : Sedang-sedang pedas
  • 2 cawan : Pedas
  • 2 1/2 cawan : Sangat pedas
Niena guna jenama ni je .. (Pedas gilak oi ! )

- 3 ikat Daun kucai (ikatan yg sedang)
- 7 batang Daun bawang
- 2 batang lobak merah
- 1 batang lobak putih


Cara-cara dia kena baca betul-betul ya .. Ada 3 langkah penting .. Niena akan namakan step 1 , step 2 , step 3 dan step 4 ya ..

Cara-cara
Step 1 ( Salting Cabbage)
- Potong kubis seperti dalam gambar

- Buang bahagian bawah kubis yang keras tu .. Belah dua lagi jika kubis besar ..

- Potong kubis seperti dalam gambar

- Cuci kubis sebanyak 3 kali ( Jika korang taburkan garam pada kubis  tanpa cuci , proses pengasinan akan mengambil masa yang lama: ini adalah proses osmosis)

- Tapis kubis .. Tak perlu sampai kering .. ( Niena buat 2 jenis kubis , 1 yang dipotong kecil , 1 lagi yang besar , yang macam korang tengok dalam Running Man tu .. Yang besar tak perlu potong bahagian bawah kubis yang keras tu .. )

- Masukkan kubis tadi dalam besin dan tabur kan garam .. Ambil sedikit kubis lalu gaulkan dengan sedikit garam .. Buat sikit demi sikit sebab kubis tu banyak .. Jangan terus gaulkan semua kubis sekaligus dengan 1 cawan garam .. Nanti masinnya tak rata ..

- Ini cara taburkan garam pada kubis besar tadi , daun demi daun .. Lebihkan garam pada batang kubis supaya cepat masin kerana batang kubis agak tebal dan lambat meresap rasa masin ..
* Harap faham ya kerana tak ada yang tolong ambilkan gambar .. Sob3 ..

- Perapkan / biarkan kubis selama 2 jam .. Setiap 30 minit , gaulkan kubis ..
- Selepas 2 jam , cuci kubis bersih-bersih ..
- Tapis dan biarkan sebentar ..

Step 2 (Porridge)
- 3 cawan air dan 1/2 tepung beras dibancuh dalam pan .. Apabila sudah larut , panaskan atas api kecil ..
- Tidak boleh tinggal , kacau sehingga likat ..
- Setelah paste likat (seperti dalam gambar) , masukkan 1/2 cawan gula ..
Credit: Maangchi

- Setelah mendidih , matikan api .. Masukkan porridge dalam basin ..

Step 3 (Kimchi Paste)
- 1 cawan sos ikan  , 1 cawan bawang putih , 1 biji bawang india , 1.2 inci halia dan blenderkan semua bahan ..
- Campurkan semua bahan yang diblender dengan porridge dalam basin tadi ..
- Masukkan serbuk cili (ikut citarasa korang) dan gaulkan semua bahan ..

- Potong daun bawang secara serong , potong daun kucai mengikut panjang yang disukai , hiris halus lobak putih , lobak merah .. Gunakan sagat pun boleh .. 
Ini gambar penyagat sayur ya .. Gunakan mata sagat sama macam dalam gambar .. Hirisan memang sangat cantik dan sama rata ..
Credit : MasyaAmiraAimie
- Ini contoh hirisan sayur ya ..

*Daun kucai dan daun bawang yang tak serong .. Haha ..

- Campurkan semua sayur-sayur dalam basin yang mengandungi porridge dan bahan yang blender tadi ..
- Ok , kimchi paste dah siap ye korang ..

Step 4 (Mixing Kimchi)
- Masukkan kubis dalam kimchi pastedan gaulkan sedikit demi sedikit ..


Ini cara menggaulkan kubis besar dengan kimchi paste .. Gaulkan kimchi paste pada setiap daun kubis ..

- Setelah selesai gaulkan kubis dengan kimchi paste , simpan kimchi didalam bekas kedap udara .. Wajib tekan permukaan kimchi dalam bekas agar udara tak masuk .. Kalau udara masuk , kimchi korang akan berkulat ..
Ini gambar kubis yang telah digaul dengan sebati dengan kimchi paste ..

Hasilnya dapat 1 tupperware besar ..

- Untuk mempercepatkan proses ferment , ambil sedikit kimchi didalam bekas kecil .. Kimchi akan lambat jadi jeruk dalam bekas yang besar ..

- Simpan dalam masa 1-2 hari untuk ferment (jeruk) .. Pastikan setelah ambil sedikit kimchi , sila tekan permukaan kimchi tersebut agar tak berkulat dan tiada ruang udara didalam bekas kimchi ya ..

Q & A
1. Q:Macam mana nak tahu dia dah jadi jeruk ? 
A:Apabila ada bubble kecil dan permukaan kimchi berair .. Kimchi ni akan jadi masam ya .. Tak tahu masam dia macam mana sebab Niena punya belum jadi jeruk .. Hihi ..

Niena belajar buat kimchi daripada Maangchi .. Kat sana ada video dan gambar dimana korang boleh nampak dan belajar lebih jelas .. Untuk video proses pembuatan kimchi , sila pergi ke dua link dibawah ini .. =)


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

My First Kimchi Done !



Assalamualaikum .. ^.^

Korang , Niena dah berjaya buat kimchi .. Hihi .. Tapi nanti ea Niena bagi resepi .. Penat ni .. 2 jam kat daput settlekan sayur-sayur tu .. Tengok lah gambar kimchi yang beberapa ketoi ja ni .. =)

Yang ni dalam bekas besar .. Lambat sikit nak fermented kalau bekas besar ni ..

Yang ni bekas kecik .. 


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Simple Giveaway by NFH



Assalamualaikum .. ^.^

*Click banner to join .. =)

Due date : 31 December 2012 (10pm)


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Giveaway by 5imply Swack



Assalamualaikum .. ^.^

*Click banner to join .. =)

Niena tag: 

Due date : 26 December 2012


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Year End First GA by FNZ



Assalamualaikum .. ^.^

*Click banner to join .. =)

Niena tag: 

Due date : 1 January 2013


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

18 December 2012

To All PMR's Candidates



Assalamualaikum .. ^.^

Selamat malam bagi korang semua .. Ini entry lewat malam kerana pergi rumah nenek kejap .. Tengok sepupu & tengok cerita Hantu Kapcai dengan family .. Rumah nenek Niena tak jauh pun .. Ada je depan rumah Niena ni .. Hehe ..


Tapi , main point Niena sebenarnya adalah .. Nak ucap gud luck kepada semua adik-adik yang nak pergi ambil result PMR esok .. Memang gementar .. Tapi Niena dulu tak rasa apa sebab tahu tak dapat perform yang terbaik .. Niena tak target even 1a pun ..

Tiba-tiba dapat result macam ni

IMAGE WAS REMOVED BY AUTHOR

Nur Farhanah binti Mohd Noor
Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu (SMKS),
Kota Tinggi , Johor
PMR 2008
** Kalau tak nampak  , boleh klik untuk lebih jelas ..

Mau terkejut beruk Niena .. Korang nak tahu tak masa percubaan Niena dapat berapa je ?



Teruk kan ? Kertas ni Niena masih simpam lagi tau .. Memang kenangan la .. Pesanan Niena kat sini , jangan takut nak hadapi keputusan ni .. Ini bukan pengakhiran hidup .. Tak nak lah nanti dengar ada yang bunuh diri bagai sebab result teruk ..

"Eh,kau bolehlah sebab kau pandai.." , ayat ni tak boleh dijadikan prinsip hidup ye .. Setiap yang berusaha pasti berjaya .. Jika tidak , itu bukan rezeki .. Percaya pada apa yang Allah dah tentukan .. Redha sahaja ya .. Korang boleh baiki kesilapan tu ..

Sekarang banyak sangat dah tempat dan tawaran yang banyak untuk menyambung pelajaran .. Kerajaan dan pihak swasta telah mengambil inisiatif yang sangat drastik untuk membantu korang .. Pasti ada tempat untuk korang ..

Walaupun korang rasa korang tak mampu bawa akademik , cubalah kemahiran .. Ok ? Yang penting , jangan putus asa .. Dunia sekarang semakin mencabar .. Cukup sampai sini sahajalah Niena berkongsi pengalaman Niena ..

Meh tengok keputusan PMR dua orang adik Niena ..

IMAGE WAS REMOVED BY AUTHOR 

Nurul Nabilah binti Mohd Noor (9A)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar (SMKA-BP),
Kota Tinggi , Johor
PMR 2009

IMAGE WAS REMOVED BY AUTHOR 

Nurul Nasuha binti Mohd Noor (9A)
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Bandar Penawar (SMKA-BP),
Kota Tinggi , Johor
PMR 2011



Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea