PRICE LIST UPDATED

27 December 2012

Night Market aka Pasar Malam


Assalamualaikum .. ^.^

Korang , malam tadi Niena pergi pasar lambak tau .. Eh ? Pasar lambak ? Ada yang tak pernah dengar ? Niena memang menggunakan istilah ni untuk pasar malam .. Ada orang panggil pasar sahaja , ada panggil pasal malam dan pasar lambak .. 

Awat jakun sangat Niena ni pasal pasar lambak pulak ? Macam tak pernah pegi je .. Hokey , sememangnya niena memang dah berkurun tak pergi pasar lambak kampung Niena .. Kat kampung Niena pasar lambaknya setiap hari Rabu ..

Setiap hari Rabu pula , Niena dekat IPG .. Macam mana kan nak pegi ? Minggu terakhir cuti ni lah Niena baru sempat nak pergi .. Hihi .. Tu pun dah banyak yang tutup sebab pergi lambat pukul 7.45 .. Haha .. Gilos kau , hangus manghrib aku nanti kang semata-mata nak pergi pasar lambak ..

That's why pergi lambat sikit .. Niena pergi bukan sorang-sorang . Tapi satu family , tanpa ibu dan adik pertama Niena , Bilah .. Ibu pergi kursus dan Bilah dah balik matrik tangkak .. Sob, sob, sob .. So , tinggallah ayah dan 3 orang adik Niena sahaja .. So , berlima lah kami berkawad ke pasar lambak .. Kau hado ? Haha ..

Memang dah lama gila tak pergi pasar lambak , nampak abang kebab , "Eh , abang ni niaga lagilah , ermm , tapi dah aging .." Macam mana tak aging , aku jumpa dia daripada sekolah rendah lagi  ,so sekarang dah tua ler .. Nampak pakcik jual cendol , "Pakcik ni niaga lagi rupanya .. Sihat lagi orang tua ni .. " Lepas tu nampak pulak mak member , "Mak Aizzah masih jual ayam goreng lagi .. "

Kesimpulannya , semua orang masih lagi berniaga cuma faktor usia yang semakin meningkat .. Hihi .. Kesimpulan baik punya kau .. Ayat orang dah lama tak pergi pasar lambak .. Korang biasanya eli paa ek kat pasar lambak ?

Semalam macam-macam yang dijual tapi dah tinggal sikit lah .. Nak tahu Niena beli apa ? Niena beli angin jek .. Haha .. Makan angin , jalan-jalan macam tu je .. Tak ada apa yang berkenan nak makan .. Sebab petang tu Niena dah makan ..

Adik lelaki Niena pulak boleh provok , "Membazir minya kereta je pergi tapi tak beli apa-apa, membazir je jalan kat sini and bla bla bla .. " Senang je jawapannya , "Membazirje Irfan membebel.." Haha , adik lelaki aku suka membebel .. Umur dah nak masuk 11 tahun tahun depan .. Besar dah adik Niena ..

Dulu Niena yang jaga dia kot dari kecil .. Cepat je masa berlalu .. Masuk je kereta , Encik Ayah bertanya "Nak minum-minum?" Dalam hati cakap , ini kejadian aneh .. Kenapa aneh ? Sebab Encik Ayah memang jarang bawa kami makan or minum kat luar ..

Encik Ayah tu cerewet , nanti dikomennya makanan tu bahan tak cukup , perasa tak lengkap , kurang itu , kurang ini .. Napak tak bapak aku dah boleh jadi pengkritik makanan ? Haha .. Niena minum lai ci kong je .. Sampai sekarang aku tak tahu lai ci kong ke lai ci kang ke , asal bukan air longkang sudah la .. Haha ..

Tapi kecewa sikit lah .. Lai ci kong Niena tu tak banyak isi .. Ais jek banyak .. Sob,sob,sob .. Nasib tak mahal tau .. Adik-adik Niena order teh tarik , carrot susu 2 & tauhu bakar .. Encik ayah pulak minum teh o ais dan makan mi bandung ..

Mentang-mentanglah Puan Ibu tiada dirumah , Encik Ayah pun membawa kami makan diluar .. Tapi nampaknya adik-adik tak berselera sebab Puan Ibu tiada 1 hari .. Ketika entry ini ditulis pun Puan Ibu belum pulang kerumah lagi ..

Bertambah kurang selera la adik-adik aku ni .. Haha .. Paling best rumah tak sepah dan tak banyak pinggan mangkuk .. Niena pun tak tahu kenapa .. Masa ada Puan Ibu , kemain lagi dorang sepahkan rumah .. pinggan mangkuk pun tahu longgok je kat sinki tak mau basuh .. 

Apa dah adik-adik aku ni .. Apa nak jadi pun tak tahu .. Adik ramai la katakan .. Apa-apapun best sebab dapat keluar ramai-ramai .. Lepas ni dah nak naik skeolah dah .. Memang homesick la jawabnya .. Dah dekat 2 bulan duduk rumah .. =='


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

2 comments:

StrawBerry Cynta Syasya said...

untung lah niena booley jalan2 kat pasar malam... syasya pown dah lama tak pergi pasar malam kat kg syasya ..di kg syasya setiap hari isnin...:)
untunglah ade adik..syasya x de adik :(

StrawBerry Cynta Syasya said...

untung lah niena booley jalan2 kat pasar malam... syasya pown dah lama tak pergi pasar malam kat kg syasya ..di kg syasya setiap hari isnin...:)
untunglah ade adik..syasya x de adik :(

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea