PRICE LIST UPDATED

28 December 2012

Alpha Lipid SD II


Assalamualaikum .. ^.^


Kenapa  Niena buat entry ni ? Niena jual minuman diet ni ke ? Tak lah .. Niena cuma nak minta pendapat korang je .. Korang pernah minum susu ni ? Kawan-kawan ke , parents ke , saudara-mara ke , jiran tetangga ke ? 

Berkesan tak ya susu ni ? Niena nak cuba .. Tapi harga dia memang mahal jangan cakap lah kan .. 1 tin je RM 160 beserta kit .. 1 hari minum 4 kali sebanyak 2 scoop setiap kali minum .. Ye la , Niena student .. Mestilah tahu sakitnya cari duit .. 

Tengok testimoni memang bagus SD II ni .. Sekejap je dah turun berat badan .. Tapi 1 tin ni tahan 1 minggu je kau .. Jangan main-main .. Betapa mahalnya susu ni kan .. Kalau nak turun berat badan cepat , kenalah patuhi pantang larang ..

Tak boleh makan makanan berkarbohidrat kerana ia akan menerencatkan penurunan berat badan .. Makanan berkarbohidrat ialah nasi , mi , kuih muih dan buah-buahan katanya .. Nakpak tak nasi tak boleh makan ? Haha .. Nasib korang lah ..

Tapi susu ni menyenyangkan .. Jadi , korang tak perlulah takut kelaparan .. Makanan alternatif yang korang boleh ambil ialah keju , sayur-sayuran , ikan .. Niena pun tak tahulah kalau beli  boleh ke nak makan ikan macam tu sahaja ..

Sebagai pelajar , Niena memang menggunakan banyak oksigen untuk berfikir .. Sekaligus menyebabkan kelaparan .. Itu yang Niena risaukan .. Niena dalam proses pertanyaan kepada mereka yang berjaya turun berat badan ..

Bukan tak percaya ke apa .. Tapi nak tahu macam mana diorang ni boleh bertahan diet .. Pastinya semangat perlu kuat lah kan ? Korangy ang pernah ambil dan berjaya ataupun tidak , marilah kongsikan dengan Niena .. Nak tahu sangat .. Kalau bagus , Niena nak cuba .. Kihkihkih .. 

Testimoni , testimoni ! Sila share .. =)



Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

No comments:

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea