PRICE LIST UPDATED

15 December 2012

Suami Aku Ustaz



Assalamualaikum .. ^.^

Tajuk ini bukan nak keluarkan statement yang Niena dah berkahwin dengan seorang ustaz ya .. Bukan sama sekali .. Ini adalah tajuk novel .. Menarik tak ? Niena bukan nak review novel ni .. Tapi saja nak share dengan korang kenapa Niena beli novel ni ..



Kenapa Niena tertarik nak beli ek ? Kerana tajuknya yang sangat buat Niena tersenyum lebar .. Dulu , Niena menentang sekeras-kerasnya untuk bersuamikan seorang ustaz .. Tu zaman jahiliah dulu .. Sekarang taubat dah .. Haha .. 

Actually , ada kisah yang menyebabkan Niena beli novel ni .. Ibu Niena seorang guru agama aka ustazah lah kan .. Ibu mengajar di Sekolah Agama .. Kalau sesiapa yang duduk Johor , pasti akan ke sekolah agama pada sesi petang biasanya ..

Masa Niena darjah 1 , ibu mengajar dikampung kami ni .. Jadi , kami pun 1 sekolah .. Guru besar sekolah tu bernama Ustaz Nizan .. Niena pun rapat dengan dia .. Ye lah , selalu bersama dengan ibu sampai petang .. Masuk sekolah 2.00 petang .. Balik sekolah saing (bersama) ibu pukul 6.30 petang ..

Masa tu budak-budak .. Tak hirau penat .. Energetic sentiasa walaupun stay sampai petang .. Kat sekolah tu ada kolam .. Ustaz tu yang usahakn kolam tu .. Jadi , dia selalu suruh Niena beri makan pada ikan-ikan tu .. Niena turutkan jelah ..

Dah besar panjang ni .. Baru ibu bercerita yang Ustaz Nizan tu berkenan dengan Niena .. Adik beradik Niena 4 orang perempuan .. Dia cakap , tak dapat Niena , dapat satu daripada kitaorang pun jadi lah .. Setiap kali Ustaz tu jumpa ibu , mesti dia cakap "bakal besan" ..

Ada tu rumah dia buat kerja kahwin , dia panggil isteri dia , "Mah , ni bakal besan kita dan sampai ni !" Anak dia yang dia nak kenen kan dengan Niena tu sebaya Niena .. Time tu anak dia tengah tidur kot .. Dia sanggup kejut & cakap , "Pergi salam bakal mak mertua kau tu .. "

Terpisat-pisat budak tu bangun .. Nama dia sedap .. Muhammad Luqman bin Hakim .. Ex Niena yang dekat entry ni , nama dia Mohamad Fatih Hurairah .. Islamik kan nama diorang masing-masing ? Tapi yang paling unik .. Niena tak pernah jumpa pun si Luqman ni .. Sekali pun tak pernah ..

In the other word , kitaorang tak pernah kenal .. Jadi , Niena tak take it serious bila ibu cerita pasal dia .. Tapi ibu selalu juga bagitahu perkembangan Luqman tu .. Sekarang dia jadi Ustaz kafa kat sekolah agama .. Senang cerita , USTAZ ok , USTAZ ..

Pendekkan cerita , Niena dah tekad kan hati sebenarnya .. Niena nak terima je tawaran Ustaz Nizan tu .. Tapi Niena takut nak buat keputusan sekarang .. Takut dia bukan jodoh Niena .. Lagi 1 , Niena suka berfesyen , bersolek .. Tapi semuanya untuk diri Niena sendiri .. Bukan untuk orang lain ..

Jadi , jika Niena dengan dia .. Niena tak boleh lah nak lebih-lebih . mesti dia tegur , kan ? Niena tengah ubah diri sikit-sikit sekarang ni .. Belajar nak tutup aurat dengan sempurna .. Mungkin sebelum ni pendek-pendek sahaja pakaiannya , ketat sikit ka .. Sekarang nak cuba longgarkan dan panjangkan mana yang pendek tu ..

Ni bukan sebab Niena nak jadi bakal isteri ustaz Luqman tu , tapi untuk diri Niena sendiri .. Sampai bila kita hendak berada di takuk yang lama kan ? Kena lah berubah seiring dengan usia yang semakin tua ni .. Itu sahajalah sebab Niena beli novel ni ..

Niena baca novel ni 1 hari sahaja sebab memang best gilak kot .. Bagi mereka yang nak baca , online pun ada cerita ni .. P search .. Kalau nak beli , memang highly recommend ok .. Buat simpanan kat rumah sebagai koleksi peribadi .. Cerita dia bukan setakat cinta biasa .. Tetapi ditambah dengan kefahaman agama dan cinta yang halal dalam perkahwinan .. Bacalah .. Sangat best .. =)


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

12 comments:

Dahlia Daffodil said...

nmpak novel ni kat kedai buku tp pi time tgh pokai,mmg bca sinopsis kulit blakang je la..hehehe

Unknown said...

Berubah ke arah kebaikan itu bagus bah ^_^ Wilma sokong 100%

Isya said...

dah lame dah bace novel ni.tp pinjam kwan punyer je.. memang ohsem,ok!

Unknown said...

pernah nampak novel ni..tapi tak sempat nak beli..tapi buku tu tebal -,-

IRA ARINA said...

in Shaa Allah. Dia untuk kamu :)

MirraMustaffa said...

akak niena !! akak dok jb ke ? akak.. mana nak carik novel ni ? daa lama saya carik.. please bg tahu~ ;)

Unknown said...

@cikumi armena

hehe .. ni pun sbb gne duit ibu .. hehe .. =)

Unknown said...

@Dunia Wilma

kan ? =)

Unknown said...

@...iSyA Purple*

best kan ? x sama mcm cinta org2 biasa .. =)

Unknown said...

@Julia Affandi

tebal .. tp dy best .. standard novel biasa tbqlnya .. =)

Unknown said...

@IRA ARINA

amin sis .. thnxs..=)

Unknown said...

@MIRRA NADHIRA MUSTAFFA

akk bli ni kt Harris Jusco Tebrau City .. Tp skrg da x da .. Tp akk rasa boleh order dgn kdai bku brdkatan .. =)

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea