PRICE LIST UPDATED

30 December 2011

6 Fruits Can Lost Your Weight

Assalamualaikum .. ^-^
Siapa kat sini tak suka makan buah ? Aish , teruk3 .. Mana Boleh tak makan buah ..
Rugi .. Banyak khasiat buah tau ..

Siapa yang tengah diet tu ? Meh sini tengok buah apa yang sesuai dimakan untuk turunkan berat badan .. 


1. Limau Gedang
Kajian mendapati buah limau besar berkenaan mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan ..

Limau gedang


2. Oren
Berbanding buah lain , oren dipercayai mempunyai kandungan serat paling tinggi .. Serat yang ada dalam buah itu juga adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat ..

Oren


3. Epal
Ada kajian mendapati seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33% berbanding orang yang tidak mengamalkannya ..

Epal


4. Beri
Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metabolisme tubuh ..

Beri


5. Tembikai
Buah ini terdiri daripada 92% air dan mampu memberikan signal kenyng kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut terangsang ..

Tembikai

6. Anggur
Kandungan antioksidan didalam buah ini mampu mencegah gula didalam darah menjadi lemak .. Anggur juga mencegah pembetukan lemak didalam perut ..

Anggur


Picture Credit : Mr. Google 
Info Credit     : Harian Metro , Wednesday , 28 December 2011

== GOOD LUCK ON YOUR DIET ! ==




Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

2 comments:

Anonymous said...

kena makan buah ssebelum makan berat la nih ? uhrmm ...^^

Unknown said...

yup .. macam sunah Rasulullah .. =)

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea