PRICE LIST UPDATED

24 December 2011

Mitos atau Fakta Coklat ?

Assalamualaikum .. ^-^

Credit : Google

Ramai diantara korang yang suka makan coklatkan ? Jangan bohong ..
Lagi2 girls tu .. Pantangkan kalau jumpa coklat ?
Lagi2 kalau boyfie korang beri .. Kemain suka macam dapat emas ..
Kan3? Tok sah tipu .. Nenek tahu perihal mu .. (merapu sudah) ..

Niena nak share sesuatu fakta pada korang .. Nak tahu lebih lanjut ? Klik sini ..
Nak beli homemade coklat ? boleh tekan gambar disidebar Niena .. (promote sikit) ..


Dah sedia nak tahu tentang fakta2 coklat ? Jom tengok .. 



Mitos : Coklat yang mengandungi koko adalah makanan yang tidak berkhasiat ..
Fakta  : Satu bar 1.5 auns coklat susu menyumbang kandungan peratus berikut kepada nilai pemakanan harian 
             yang disyorkan (USRDA) : Kalsium - 9% ; Riboflavin - 9% ; Protein - 6% ; Zat Besi - 3% ; Vitamin A - 2.4% ; 
            Thiamine - 2% .. Nilai khasiatnya akan bertambah jika kacang atau mentega kacang dicampurkan .. 
            Coklat sungguh berkhasiat ..

Mitos : Coklat adalah sumber utama "dietary sugar" untuk kanak-kanak ..
Fakta  : Kajian yang dijalankan di Michigan State University menunjukkan bahawa kurang MYTH daripada jumlah
            pengambilan gula oleh kanak-kanak diperolehi dari coklat dan lain-lain konfeksyen ..

Mitos : Coklat mengandungi sodium yang tinggi ..
Fakta  : Satu bar 1.5 auns coklat yang tidak manis atau separuh manis hanya mengandungi 1.5 mg sodium ; 
            satu bar coklat susu - 40 mg .. Cuba bandingkan dengan : 1 cawan susu - 122 mg ; 
            1 keping roti gandum - 132 mg dan 1 auns keju swiss yang mengandungi 440mg sodium ..

Mitos : Coklat menyebabkan kerosakkan gigi ..
Fakta  : Kajian telah mendapati bahawa satu daripada bahan yang terdapat dalam serbuk koko menghalang
             pembiakan bakteria yang akan membentuk plak gigi .. Oleh itu , coklat bukanlah penyebab jerawat .. 
             Sebenarnya , faktor pemakanan tidak mempunyai kesan atau bukan merupakan punca langsung 
            terhadap jerawat tetapi ia adalah keadaan sulit yang dosebabkan oleh aliran keluar minyak 
           yang berlebihan ..



Mitos : Kafein dalam coklat menyebabkan kanak-kanak terangsang dan menyebabkan mereka terlalu aktif ..
Fakta : Satu auns coklat adalah 5 miligrams .. Satu cawan kopi mengandungi antara 93 dan 153 miligrams dan 
            bagi teh pula ia bergantung kepada berapa lama ia dibuat , mengandungi antara 28 dan 44 miligram 
           kafein secawan .. Ada juga minuman ringan yang mengandungi antara 32-65 miligrams bagi 
           satu tin seberat 12 auns .. Anda terpaksa memakan bar coklat (lebih kurang 50 - 1.5 auns bar 
           coklat ) barulah anda boleh menyalahkan coklat kalau anda tidak nyenyak tidur ..

Mitos : Memakan coklat dan lainlain konfeksyen adalah penyebab utama kegemukan kanak-kanak ..
Fakta  : Kajian menunjukkan kanak-kanak obes mengambil gula yang kurang tetapi lebih kepada lemak dan 
             protein ..



Fakta ni bukanlah daripada Niena tapi daripada sumber ini ..
Eh , bukan yang itulah .. Yang ini ha , Harian Metro paper ..
Kalau nak copy boleh , pastikan dikreditkan kepada Niena & Harian Metro ok ..
Tarikh 24 December 2011 ..


Nak dapat hadiah contest yang menarik ? Klik sini!



Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

6 comments:

Sharifah Salwa said...

salwa pun pernah buat entry lebih kurang macamnie . cube tengok sini pulak : http://iniciteaxoe.blogspot.com/2011/11/fakta-tentang-coklat.html

Anonymous said...

coklat klu bg at kucing boleh bawa maut.. spm 2010 ade kluar.. huhu.. follow yep.. =)

Nava K said...

Anything you over eat is not good for health but chocs are energy booster for me, esp on the days I have not time for a complete meal, I have a bar of choc.

Unknown said...

@Sharifah Salwa Mohd Jafri

Niena dah melawat .. =)

Unknown said...

@penkcintadia

Niena pn spm 2010 .. paper ape ? Niena sains tulen ..

Unknown said...

@Nava.K

exactly , chocolate is the best 'medicine' for me to release my stress .. it make me feel comfort ..

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea