PRICE LIST UPDATED

27 December 2011

Malay Novel vs English Novel

Assalamualaikum .. ^-^
Niena , entry Niena kali ni dalam bahasa Melayu ke bahasa Inggeris ni ?
Ataupun dwibahasa ? 

Ok , entry kali ni bahasa Melayu la .. (overall entry Niena bahasa melayu ape) 
Saje la tu nak show off cakap bi ..
Eh , ada ke yang berani cakap macam tu ?

Meh sini sekeh kepala dia laju2 100km/j ..
Ingat , tak baik cakap orang macam tu ..
Kita tak ada hak nak mengadili manusia lain ..

Niena hari ni bukanlah nak menyampaikan tazkirah ataupun menyebarkan nilai2 murni ..
Tidak sama sekali .. Niena cuma nak beritahu serba sedikit tentang kedua-dua bahasa yang berbeza tetapi mediumnya sama iaitu novel .. (walaupun aku ambik kos TESL , ingat aku tak boleh buat ayat boombastic BM ka )

Siapa kat sini yang benci BI ? Ce cakap sikit .. 
Err .. tak boleh cakap kan , taip je .. Hehe .. (Ok , tak la lawak bodoh sangat)

Lambatnye intro kau ni .. Eh , sabarlah .. Al sobru minal iman .. (kuar dah pulak bahasa Arab , kan tak pasal2)
Niena tahu entry ni mungkin akan dibaca oleh kaki2 novel sahaja .. Mungkin la kan ..

Tak apa , siapa yang nak baca tu , bacalah .. Siapa yang tak mau baca, terpulang ..
Ramai diantara kita yang memilih novel BM berbanding novel BI ..
Meh sini Niena list sikit kenapa ada kontra diantara dua novel ni .. 
Nak tahu ? Klik sini ..

Majoriti yang namanya novel ni , mestilah novel cinta ..
Aku tahu (buat muka ahli nujum sikit) .. Toksah nak corner sana , corner sini ..
Lagi2 yang remaja tu , satu hari tak makan pun tak apa , asalkan dapat baca novel sampai habis (macam aku je ) ..


Antara sebab novel BI dipandang sebelah mata (mungkin tak pandang pun)
1.Tak suka membaca langsung
2. Tak faham BI
3. Tak kenal penulis
4. Berbaloi ke beli ?
5. Tulisan kecik2 
6. AKU TAK SUKA BI ! (dalam skala ni memang ramai nih)
(dan banyak lagi tapi tak sempat nak interview siape2)


Mengapa novel BM menjadi kegilaan ?
1. Bahasa ibunda
2. Senang nak faham
3. Berbaloi beli
4. Kenal penulis 
5. Walaupun tulisan kecik , tetap suka
6. Kakak2 ,mak2 pun sama baca novel (keturunan kot)
7. Banyak adegan romantik


Walaupun apa yang Niena nyatakan diatas tidaklah nampak terlalu jauh berbeza ..
Niena tak payah nak sebut banyak2 , kat atas tu dah cukup nak terangkan persepsi korang terhadap dua bahasa ini ..

Tapi apa2 pun , tak kisah la korang baca novel , buku atau majalah dalam bahasa apa pun , pasti akan ada ilmu yang terdapat dalam bahan2 korang tu ..
Mungkin daripada anda tak tahu , anda jadi tahu .. betul tak ?

Penggunaan bahasa Inggeris sangat penting sebenarnya .. Kerana ianya bahasa antarabangsa ..
Bukanlah melupakan bahasa Melayu tetapi memajukan diri sendiri untuk masa depan ..
Kalau korang tak boleh nak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris , macam mana nak kerja dengan syarikat antarabangsa , nak belajar luar negara ..
Ha , macam mana tu ? Cuba jawab ?

Niena nak cakap juga sebenarnya Niena pun banyak novel BM daripada BI ..
Niena suka membaca sejak kecil lagi , ayah yang terapkan hobi suka membaca ..
Itulah tanggungjawab seorang ibubapa kan ?

Tak percaya novel BM Niena lebih banyak daripada BI ?

Novel BM ni  kurang sebab member pinjam tapi tak pulang .. =(

Ha , dah percaya ? Kalau Niena buat contest ataupun GA & hadiahnya berupa novel ..
Ada yang nak tak ? HiHi .. =)


##Nak tahu sama ada anda sihat ataupun tidak?Jom check BMI kat sini ..##


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

12 comments:

Paradise Gal said...

sy prefer novel english lagi. english punye romantic lagi terkesan lam hati woo.. bace johanna lindsay punye, judith mc naught ke dll.. hehe. melayu punye macam lambat sikit jalan citenye.

Zehan Ilyana said...

saya suka baca novel english...
novel melayu saya pilih...
tak suka novel melayu sebab kebanyakan nye jiwang..ish...
novel english better sebab byk life story bukan love story...huhuh

Atiah said...

nak novel..buat la contest.hee

Windflower said...

saya lagi suka novel bm kot..
sbb novel bm senang nak faham...
pernah sekali saya nak tunjuk terer baca novel bi..
tapi, satu apa pun tak faham...
at last, saya dah malas nak baca novel bi dah... ^_^

Reena Sidek said...

hehehehe... sy suka baca novel BM...
Novel sy semua nye BM....

Unknown said...

@Paradise Gal

betul juga .. tp kalau tak faham english , tak tahu apa .. hehe ..

Unknown said...

@Teenager Housemaid

so , sis tak suka love genre la ? hehe ..

Unknown said...

@che-a/atiah

hehe .. kalau contest , cepat je dapat sambutan ye .. =)

Unknown said...

@puteri nur afiqah

sama je kita .. sampai berhabuk novel tu .. ye tak ?

Unknown said...

@masz86

sy ada dua2 kak .. hehe .. but more to malay novel ..

Unknown said...

Sya lbih prefer novel bi sbab storyline ny lgi syok dri novel mlyu..

Unknown said...

@jlyn my

kan? sekarang ni niena dh bnyk novel BI .. lg syok .. x de lah terbawak2 perasaan bila baca .. :)

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea