PRICE LIST UPDATED

6 March 2012

2.4km Run , DONE !


Assalamualaikum .. ^-^

Niena update lagi hari ni .. Yey ! Korang-korang sihat tak hari ni ? Semoga korang sihat selalu .. Kesihatan tu anugerah tidah terhingga yang Allah SWT berikan .. Niena ni pun dah sengal-sengal badan .. Sebab apa ? Ha , nampakkan tittle entry ni ? Cop3 , korang faham tak tentang tajuk tu ? Ha , kalau tak tahu .. Hari ni Niena ada ujian kecergasan yang memerlukan Niena untuk berlari sejauh 2.4km bersamaan 6 kali pusingan padang .. Taugh tak ? Sangat mencabar kan ?

Sebenarnya , semalam Niena dah buat latihan kat padang dengan kawan baik Niena , Fariza .. Semangat betul kitorang berlari .. Haha .. Masa diambil tau untuk ujian ni .. Semalam Niena lari dah tetapkan masa .. Nak tahu berapa ? Lama gila kot nak habiskan 6 pusingan tu .. Niena bukan atlet negera mahupun daerah , mahupun zon dan mahupun rumah sukan .. Nampak sangat aku ni lembek .. Nak buat macam mana .. Yang serba kurang tu Niena la .. Kurang darah , low blood pressure , darah cair .. Bab-bab darah tu serah kat Niena la ..

Padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim , Johor Bahru


Aish , dah menyimpang lah pulak .. Masa untuk larian smlm 19:50:9 .. Untuk hari ni sangat mengecewakan .. Betul-betul mengecewakan .. Niena tak dapat kurangkan walau 1 minit pun .. Sedih .. Dapatlah 19:23 .. Sobsobsob .. =( Tak apalah , Niena dah mencuba yang terbaik .. Semalam Niena difahamkan hari ni kitorang tak perlu lari untuk 2.4km tu .. Tapi tiba-tiba kena buat jugak .. Terpaksalah kan .. Nak buat macam mana lagi .. Pada masa berlari , jam menunjukkan jarum pada 10.10 pagi .. Matahari mula memberikan haba yang "merentungkan" kulit .. Maka , selama 19:23 minit itu aku dijemur , bahkan Niena rasa dipanggang bawah terik matahari .. 

Mukaku yang putih lagi sensitif ini , BURN ! Tension tahu tak .. Pagi tadi nak pakai BB Cream , tapi mengenangkan hari ni tak ada larian 2.4km yang digembar bemburkan , maka Niena tak pakailah .. Ha , hambik kau sekali muka jadi gelap .. Aish ! Menci, menci , menci ! Nampak kan gambar padang kat atas tu ? Sangat luas .. Niena dimaklumkan oleh pensyarah bahawa padang IPG Kampus Temenggong Ibrahim , Johor Bahru ni antara padang yang terbaik di Malaysia .. Niena pun tak tahu sejauh mana kesahihannya .. Niena rasa cukuplah setakat ni Niena bercerita tentang fizikal Niena yang tengah saki-sakit dan sun-burn ni .. Jagalah kesihatan anda dengan sebaik-baiknya .. =)


p/s : Ada hati aku nak join team Running Man , lari baru 2.4km dah semput .. Ni lagikan nak join dorang .. Mimpi yo lah minah !




Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

4 comments:

aReLaN said...

last skali buat test 2.4km wktu interview atma dulu la.tapi jauh la beza masa kita.hehehe...nak laju,kena la slalu lari.jangan tunggu nak test je. :)

akufazley said...

assalamualaikum...

ujian larian 2.4 setahu saya adalah baik di adakan pada waktu pagi...masa matahari baru terbit untuk kardiovaskular kita manusia...lagipun untuk lulus ujian ini kita mstilah mencapai masa di bawah 12:00 minit..laluan larian pula hendaklah dalam keadaan lurus dan bertar or bersimen...sy lihat dalam blog saudari anda berlari di padang,dalan pusingan padang pula tu...saya setiap tahun ada ujian ini dan masa terbaik saya adalah 8:37 minit...ujian ini hanya dilakukan pada atlet dan juak untuk pasukan bomba dn pasukan uniform yg memerlukan kecergasan yg tinggi...sy kasihan pada saudari yg kelihatan seperti dibuli oleh pihak penganjur yg kurang pengetahuan mengenai ujian ini...

Unknown said...

Yup btol tu fazley..ok la tu dapat bawah 8 mnit ke bwah...cube plak lari 3.2km masa bawah 14.30 mnit.hihi

Unknown said...

18september ni sy ada ujian fizikal penjara..can2 dia nk maklumlah dlm badan uniform...2.4 kilometer wajib...bangun tubi 28x..2mint...sempot mk...harap2 dimudahkanlah

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea