PRICE LIST UPDATED

31 March 2012

Running Man Fans !


Assalamualaikum .. ^-^

Ku sendiri disini .. Apanya yang sendiri Niena ni ek ? Sendiri sorang-sorang dalam bilik tanpa roomate .. Roomate balik rumah .. Niena pun nak balik .. Tapi tak boleh sebab pagi tadi ada kelas .. Kalau ikutkan boleh je nak balik lepas kelas, tapi kesian pulak kat kawan ni , dia tak bagi balik sebab tak ada kawan .. Aish, tak apalah .. Minggu depan balik sekejap 6 April - 7 April pun jadilah .. 8 April - 10 April ada English Language Camp dah .. 

Masa semakin suntuk buat kami pelajar sem 2 PPISMP TESL .. Aish, dah tak dapat nak jalani kehidupan yang normal sejak MOCK Exam (20 March - 23 March) sampai lah sekarang ni .. Mana yang ada kelas hujung minggu lagi .. Latihan drama lagi .. Hari sukan dah nak dekat .. Ada rentas desa lah, sukantara lah .. Belul magi aktiviti kawad dan sebagainya .. Argh ! Bila cakap tentang kawad, Niena tak pernah masuk kawad tau .. Walaupun untuk hari sukan .. tapi disebabkan Niena student paling junior kat sini, Niena diWAJIBkan masuk aka DIPAKSA masuk .. Tapi tak boleh la nak dijadikan isu besarkan .. Isu ni besar pada Niena je .. Pada orang lain sekecil zarah mungkin ?

Dalam masa dua minggu ni duit RM500 pun boleh habis .. Ape ke borosnya Niena ni .. Aish, macam-macam nak dibelinya .. Korang-korang peminat Running Man, korang tahu tak ada VARSITY JACKET direka oleh sebuah syarikat untuk peminat-peminat Running Man Malaysia .. Haaaaa, tak tahu kan ? Duit Niena habis sebab beli jacket tu la .. Terukkan ? Niena kalau dah minat, apa pun boleh ! Hihi .. Untuk batch  pertama ni RM80 include postage .. Niena beli 4 pcs .. Nak tahu apa yang 4 pcs tu ? Tengok betul2 gambar bawah ni ..


Song Ji Hyo aka Miss Blank

 Kim Jong Kook aka Kookie


Lee Kwang Soo aka Kwang Vatar





Kang Gary .. =='


So, sekarang korang total up lah RM80 x 4pcs = RM320 .. Ada orang cakap membazir .. Tapi kalau dah minat, mana ada membazirnya kan ? Yang lebih RM160 tu, Niena buat beli hadiah birthday ayah & ibu .. Alhamdulillah mereka suka .. =) Kepada korang-korang tu kalau nak tengok design, boleh tengok kat TEE Design & Sales .. Kalau nak order, boleh contact/PM Rirahs Biuhs .. Sekarang ni untuk first batch dah tutup .. Batch 2 sudah dibuka, apalagi peminat Running Man, jom dapatkan koleksi baju-baju Running Man ! Fighting !

 Untuk jacket HARORO dah ditutup dan cuma batch pertama sahaja ada .. Untuk Yooruce Willis aka Yoo Jae Suk, jacket tu dibatalkan kerana material tak ada *menurut En.Rirahs Biuhs .. So, ramai-ramailah serbu page dorang ni ya .. Design lain pun ada .. =)

Sumber/credit :  TEE Design & Sales & Rirahs Biuhs



Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

4 comments:

NuRul~ said...

Waaa~ Running Man t-shirt.. Cantik2 semuanya~ :)

Niena Sofea said...

ni running man varsity jacket .. =)

✿MisS NadRAH♥ said...

chanteknya=)

gdsbnga said...

waaaa , suke yang kwang sooo !

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea