PRICE LIST UPDATED

18 February 2012

Fun day tomorrow ?


Assalamualaikum .. ^-^

Semakin hari semakin busy kat sini .. Dengan kuliah , GERKO , drama , talent-time .. Nak-nak pulak 5 March ni dah nak MOCK exam .. Middle-month exam la kiranya .. Sebagai ujian diagnostik untuk final bulan 11 nanti .. Aduh , takut sungguh .. Sebab kat sini , baru-baru ni 11 orang senior kena tendang .. Kalau free tak apa , ni dah langgar kontrak .. Which means , kena bayar semula RM110K !! 

Ha , terbeliak mata ekau baca .. Mana nak cekau RM110K tu pokcik mokcik oi .. Jumlah yang sangat besar .. Niena exam 4 subjek .. English Studies ( ES) , Language Description (LDS) , Language Development (LDV) dan Sociology (SS) .. Niena tak risau untuk LDV tu , sebab InsyaAllah boleh score .. Tapi yang paling merisaukan , subjek yang ada "S" .. Kenapa ? Sebab ES tu kena tahu sejarah banyak sebab ianya berkenaan sastera English .. Zaman victoria , world war II , zaman Martin Luther King .. Aiseh ! Kena banyak baca & paham .. Kalau tak, fail la jawabnye ..


** SS book , worth about RM100 (kalau tak silap)

LDS pulak tentang Grammar .. Kalau kat sekolah dulu , tak perlu tahu kenapa dia jadi continuous tense , verb-to-be , noun , pronoun .. Banyak le .. Soal hukum, mana boleh buat main-main , ye tak ? SS tu pulak
tentang sosial .. Sebab apa jadi macam tu , macam mana nak atasi , apakah maksud sesuatu topik tu .. Seriously , Sociology ni boleh dikatakan subjek yang baru pada student kat Malaysia ni sebab , bila masuk institusi tinggi baru belajar tentang Sociology ni .. Kalau kat luar negara , daripada zaman sekolah dah belajar ..

Berbeza sangat dengan kita kan ? Tapi nak buat macam mana .. Ini takdirnya dan Niena kena hadapinya nak tak nak . Kena usaha lebih .. Niena tak nak la kena buang .. Niena tak banya duit nak bayar semula .. Niena tak mampu .. Korang-korang pun doakan yang terbaik untuk Niena ye .. Buat semua yang membaca entry Niena ni , harap korang pun sentiasa berjaya dan May Allah bless you ..

Esok Niena ada explorace kat Taman Merdeka , Johor Bahru .. Semu batch Niena terlibat .. Opsyen TESL , PJ and Science .. Aktiviti ni berjalan selama 4 jam .. Oleh kerana aktiviti ni , Niena dapat balik rumah dan berada dirumah kurang daripada 24 jam .. Sedih tak ? Sedih tak ? Kejap je dapat jumpa parents .. Tapi kalau tak pergi aktiviti ni , abis la kredit hour selama 4 jam .. Tak pasal-pasal kena ganti .. 

Ok lah , nothing much to say .. Dah terlebih menaip pun ada ni .. Maaf kerana terlampau panjang .. Haha .. K la .. Bye-bye .. 






Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

2 comments:

Putry said...

rm110 k errrrrrrrrrr :)

jom komen sini pulak

http://luahanhatiseoarangperempuan.blogspot.com/2012/02/sikap-menangguh-nangguh.html

Lady Emilya said...

semoga semua urusan dipermudahkan aminn :)

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea