PRICE LIST UPDATED

1 January 2013

Last Update at Home


Assalamualaikum .. ^.^

Niena cuma nak beritahu hari ni Niena dah kena balik maktab .. Sedih kot .. Cuti dah hampir 2 bulan , tiba-tiba kena balik .. Sob , sob , sob .. Homesick la nanti .. Walaupun tiap-tiap hujung minggu balik , tetap homesick ok ..

Ye la , tahun ni umur Niena dah masuk 20 tahun tapi masih homesick ? Hello , I tak pernah berenggang dengan parents I selama 18 tahun ok .. Tiba-tiba 20 Jun 2011 , dah berpisah dengan family .. Ya , memang Niena manja .. Cuma family je tak tahu .. 

Ha kau .. Tulis macam ni je pun dah nak menitis air mata .. Pastinya tahun ini , 2013 akan menjadi cabran sebab ni semester pertama Niena dalam degree year .. Perkara yang paling kami , pelajar IPG takut ialah fail exam ..

Takut giler beb .. Kalau fail , kene tendang tahu .. Niena ni kadang-kadang bukan kuat semangat .. Mesti Nien tak selalu update sebab busy kat maktab .. Hujung tahun je lah dapat aktif .. Kang nnti study ke mana , blog ke mana , bisnes kemana .. Hadoi , nampak kan ?

Niena harap semuanya berjalan dengan lancar .. Hari ni , belum naik semester lagi dah dapt Course Proforma daripada lecturer literature .. Niena harap sangat nak belajar dengan lecturer literature Niena selama 3 semester lepas ..

Sebabnya kelas kitaorang dah tahu macam mana dia kan .. Apa dia nak .. Dia ajar pun lengkap .. Tapi apa-apa pun I homesick ok .. Semalam hantar adik balik asrama pun dah menangis tau .. Ye la , dah cuti lama sama-sama dengan dia ..

Adik-adik Niena pun dah besar , masing-masing dah bawa haluan masing-masing .. Niena pun tak tahulah macam man nak hilangkan homesick ni .. Niena tak kisah pun balik tiap-tiap minggu walaupun mengambil masa 1 jam 30 minit daripada JB ..

Tapi tu la .. Tak sama cuti hujung minggu tu dengan cuti lama macam ni .. Ibu hari Sabtu kena kerja juga .. Daripada pagi sampai tengahari .. Tak seronoknya .. Kalau tak mengajar hari Sabtu , tak ada income pula nanti .. Erm .. Tak tahu lah kan ..

Apa-apa pun memang sedih gila .. Tak nak balik ! Tolonglah ! ;(


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

No comments:

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea