PRICE LIST UPDATED

7 January 2013

Permanent Disease


Assalamualaikum .. ^.^

Hari Jumaat hari tu Niena balik rumah .. Cuti hujung minggu kan .. Niena memang balik tiap-tiap minggu .. Mana boleh duduk sini .. Homesick la .. Niena cuma fikir nak alik je setiap hari .. Terukkan ? Nak buat macam mana .. Tu la life Niena kat sini ..



Sebab tu Niena jarang keluar meronda bandar JB ni .. Niena tak ada soul kat sini .. Bayangkanlah Niena hidup macam tu selama setahun setengah kat sini .. Sekarang ada lagi 4 tahun .. Ya  memang Niena dah besar panjang .. Tapi nak buat macam mana kalau Niena memang homesick ..

Kelas Niena hari Jumaat ada 1 je .. Niena memang nak anjak sangat kelas tu ke depan .. Jadi hari Khamis kelas kitorang dah habis .. Dah boleh balik dah hari Khamis .. Memang lah Niena PKO tapi yang merealisasikannya ialah KO .. 

Niena tengah tunggu masa je KO Niena nak nego dengan lect. hari Jumaat tu .. Niena harap semuanya berjalan dengan lancar .. Tapi sekarang ni Niena lagi sedih sebab ibu dah kerja hari Sabtu .. Yang mana duduk Johor tu mesti pergi sekolah agama kan ? Ibu Niena ajar darjah khas ..

Hari Jumaat Niena balik ibu tak ada kat umah .. Dekat pukul 7 baru sampai rumah sebab sekolah agama tamat pukul 6.30 petang .. Malam ibu dah penat , mestilah tidur .. Sabtu pulak mengajar .. Pukul 2 baru sampai rumah ..

Untuk bulan ni penuh pulak tu jemputan kerja kahwin .. Semuanya orang yang ibu kenal .. Kalau tak pergi malu lah pulak kan , orang dah jemput .. Jadi , dalam pukul 4 lebih baru ada kat rumah .. Malam of course lah dah penat ..

Hari Ahad ibu ada kelas umrah .. Nampak tak Niena tak ada masa sangat dengan ibu ? Hari Ahad petang pulak Niena balik .. Sekarang ni ibu ada plan nak pergi umrah bulan 5 .. Masa CUTI SEKOLAH .. Kenapa Niena highlight cuti sekolah ? Sebab cuti Niena sama dengan budak sekolah .. Maka , tinggal ayah & adik beradik Niena sahaja kat rumah ..

Cuti 2 minggu tak ada ibu .. Sedih kan ? Tapi ibu pergi umrah untuk tunaikan rukun Islam .. Niena kena akur dengan itu .. Tapi kenapa cuti sekolah ? Sudahlah hari-hari biasa Niena tak dapat bersama dengan ibu .. Kesian ibu cuti tapi macam tak cuti ..

Sudahlah daripada Isnin sampai Ahad aktiviti ibu pack .. Niena dah rase kehilangan dah walaupun ibu belum pergi umrah lagi .. Niena manja ok .. Depan-depan tu tak la manja .. Tapi dalam hati cuma Allah sahaja yang tahu .. 


Terima kasih kerana sudi membaca bingkisan hati Niena .. Suka ? Donate la .. =)

1 comment:

si budak nerd said...

niena, samalah. kita pun selalu rasa nak balik sabah. cuti mid sem ari tu seminggu, kita tak balik pon. duduk kolej kediaman jea. Sedih :(

Copyright © . All Right Reserved by Niena Sofea